balQis Bintulu

My photo
-tempat yang paling tinggi di dunia-, Selangor, Malaysia

sEt dALaM miNdA !

October 10, 2011

Jejak Universiti Part 10





Assalamualaikum....hai readers.... apa khabar iman kalian?
  #mari muhasabah diri sekejab

Seperti yang BalQis pnah post kat sini, ye,,,lusa is the last day of Final Exam bagi sem 1 sesi akademik 2011/2012...
yess!
ahahaaa,,,lagi cepat hasbis,lagi bagus...

dah lebih kurang  8   minggu BalQis tak balik puncak 


i miss my parents much.. memang diakui, BalQis bukan lah anak solehah sepertimana yang mak ngan ayah harapkan selama ni...but I'll try...trust me...i'll try again, again and again....


noktah.

Sejak akhir akhir ni kan,tibe tibe je BalQis bersemangat waja,,eah,,bukan,,semangat untuk berjoging... haha,,tak tau la nape...asal nye,
BalQis saje je jalan2 sekitar UPMKB ni..

di suatu petang,kami, Aida,Acap and myself  jalan2..And barulah BalQis tau yang blakang blok J tu ade sebuah tasik yang........masyaAllah! sangat indah hinggakan air mata ini menitis ke bumi... sungguh indah LukisanNya...jika insan tahu menghargai nikmat alam ni, alangkah bagusnya...

Bila BalQis perhatikan air tasik yang tenang tu,hati ini turut merasa tenang...segala masalah + perkara yang membebankan kepala ni, bagaikan dibawa pergi bersama air yang mengalir tenang tu.. sangat mendamaikan.. sungguh! BalQis sangat terpesona dengan keindahan di situ.. bila duduk di situ,maka timbul lah rasa keinsafan dalam diri ini... Allah telah kurniakan pelbagai nikmat untuk kesenangan kita sebagai manusia yang ditugaskan utk jd khalifah,but kita tak pernah nak sedar kan...? ye,,termasuklah BalQis..

   ya,memang BalQis akui, terlalu banyak dosa yang BalQis buat dlm sedar.. Nau'zubillah... ape nak jadi ngan aku ni...?? Bila BalQis rase nak insafkan diri,BalQis akan pergi ke tasik tu...Bila BalQis visit tasik tu, seolah olah BalQis disuntik dengan semangat dan nafas baru untuk BalQis perbaiki diri sendiri... 

alhamdulillah,ada juga tempat sebegitu di sini...BalQis bersyukur sangat sangat...

bila pergi ke tasik, kene redah hutan dulu..(ikut jalan jauh) best~ menghayai alam yang luas terbentang ni dengan mata hati kita di waktu pagi...masyaAllah,,,sungguh indah! perjalanan kami diserikan lagi dengan kehadiran binatang ternakan upmkb...lembu,kambing dan itik yang ade di situ konfirm dah kenal kami,,haha,, kerap juga kami melewati kawasan mereka.. segala jenis tanaman kat situ juga tak ketinggalan...mereka pun agaknya dah hafal dah muke2 kami ni kn?

insyaAllah...kami akan pergi tasik tu lagi lepas habis final eXam dengan kwan BalQis yang lagi sorang..

   hopefully ade kamera la sebab BalQis nak share jugak keindahan tasik tu...
buat masa ni,BalQis nak fokus kat Principle Crop Managements,yakni the last paper for this final eXam.. ooo....yeahhh!

Pssstt : doakan kejayaan bersama





October 8, 2011

Tuhanku

Tuhanku,
ampunkanlah
segala dosaku
Tuhanku,
Maafkan lah
Kejahilan hambaMu
Ku sering melanggar laranganMu
dalam sedar ataupun tidak
ku sering meninggalkan suruhanMu
walau sedar aku milikMu




Bila kah diri ini kan kembali 
kepada fitrah sebenar
pagi ku ingat, 
petang ku alpa
begitulah silih berganti



oh Tuhanku
Kau pimpinlah
diri ini 
yang mendamba cinta Mu
aku lemah aku jahil
tanpa pimpinan dari Mu

ku sering berjanji depanMu
sering jua ku memungkiri
ku pernah menangis keranaMu
kemudian
ketawa semula

bila kah diri ini kan kembali
kepada fitrah sebenar..?





Kau Pengasih 
Kau Penyayang
Kau Pengampun 
kepada hamba hamba Mu
selangkah ku kepada Mu 
seribu langkah kau rapat pada ku

Tuhan,
diri ini
tidak layak ke syurga Mu
tapi 
tidak pula
aku sanggup 
ke neraka Mu

Ku takut kepadaMu
ku harap jua padaMu
m0ga ku kan selamat
dunia akhirat
seperti Rasul dan sahabat


rindu kamu







you = three of you...








really miss this moment....


K   I   T   A





October 5, 2011

pilihan di tangan kita





bila kita jahat, orang benci




bila jadi baik, orang meluat




bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita berlagak Alim




bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "Astaghfirullah! Apa lah nak jadi dengan 


dunia sekarang,,,nak kiamar kot...?




Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita Skema




Bila kita langar peraturan, ada orang kate, kita ni macam takde mase depan!




Bila kita tegur dengan baik, ada orang kate kita ni BAJET BAGUS!


Bila tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR




Bila kita pakai sopan sopan, ada orang kata kita 'KAMPONG GILER WEYH!'




Bila kita 'dedah sane dedah sini; ada orang kata kita ni TAKDE HARGE DIRI LA BUDAK NI!

Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!"

Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?"

Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT



KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"


Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG 


PON SUSAH?"










Dan sebenarnya ramai orang tak berpuas hati dengan kita. Apa yang kita buat semua 

salah. Semuanya tak kena dimata mereka. Kalau buat salah sudah tentulah salah,tetapi 

jika buat baik ppun masih ada yang mengata, Keputusan yang kita ambil, langkah yang 

kita mula, perkata pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan Allah SWT terhadap 

kita,bukanlah pandangan manusia yang diciptakan oleh Allah SWT....









PSssttt:  mulut tempayan boleh ditutup,,mulut orang tak boleh~




eh..? apakah?

October 2, 2011

=)

deru ombak pecah berderai
mengulang pantai datang dan pergi
begitu kasih insan diibaratkan
bagai ombak merubah pantai

bila kasih melestarikan sayang
semuanya indah di pandang mata
pabila rasa benci
terbit di hati
rasa kasih dan sayang pun menyisih

Tanda kasih yang abadi
dalam senang juga dalam kesempitan

kasih Illahi tiada bersempadan
tak memilih siapa
tidak berakhir, 
kekal selamanya

di antara dua kasih
di makam nya berbeza
mudah dijumpa
namun
sukar untuk dipelihara
lahir dari ketulusan jiwa
bersuluhkan iman
namun nafsu menodai nya

terkadang kasih sesama insan
bisa mengundang keradhaan Tuhan
jika insan memuliakannya

September 27, 2011

pinta ku pada Mu...









Tolong sampaikan pada si dia…

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..


Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..


Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..

Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..

Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia.    aku terpikat kerana imannya bukannya rupa    

Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..

Tolong ingatkan si dia    aku kasihinya kerana santunnya   

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..


Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..


Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..


Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..

Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..

Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..

Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..

Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..


Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..

Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..


Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..


Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..


Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..

Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..

Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..


Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...



Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. 
Moga pesananku sampai padanya 
walau aku sendiri tidak mengetahui 
siapa dan dimana si dia.. 

Moga dia seekor kumbang 
yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa 
memasuki taman larangan 
dengan sopan santunnya 
dan bertemu mawar berduri 
yang terjaga oleh tuannya.. 

Simpanlah pesanan ku ini 
sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

mutiara kata dari tokoh Islam

ini pun best jugak :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...