balQis Bintulu

My photo
-tempat yang paling tinggi di dunia-, Selangor, Malaysia

sEt dALaM miNdA !

January 13, 2013

sebelum Aku Bernikah part 2


Berkahwin memang mudah. Kita dapat berkahwin dengan najet serendah RM 2000. Malah lebih rendah dari itu. Bagaimanapun, rumah tangga yang bermanfaat untuk ummah bukan sesuatu yang mudah. Mereka yang memahami peranan rumahtangga takkan sesekali sambil lewa. Kta yang pelu membina diri kita sendiri. Kita yang perlu berusaha dan menimba ilmu di samping menguatkan iman kita. Ini antara tanggungjawab yang besar, namu sering diabaikan.

Oleh itu, bagi seseorang yang mahu bercinta, dia mempersoalkan dirinya;
Bagaimanakah hubungan dengan Alah? Pakah sudah diusahakan supaya meningkat ke tahap uyang ditafsirkan baik?
Bagaimanakah kefahaman tentang Islam? Apakah sudah diusahakan supaya perkara-perkara asas seperti  ibadah dan pengurusan hidup secara Islam difahami?
Bagaimanakah kemampuan dalam kewangan?
Bagaimanakah perancangan berkenaan kehidupan? Apakah sudah diusahakan supaya punya cita-cita dan wawasan yang jelas bersama strateginya?
Realiti tidak semudah fantasi. Persoalannya, adakah kita sudah bersedia? Kita nyatakan cinta mahu bersama hingga ke syurga.. Maka perkara ini mustahil tanpa persediaan yang secukupnya.

Apabila kita terjun ke alam percintaan , perlu ditenekankan tentang persediaan rohani.  Apakah kita sudah menjadikan Allah dan perintahNya sebagai priority dalam segenap perbuatan? Kita mungkin hamba yang banyak doa sebab kita adalah manusia, namun, adakah kita berusaha meninggalkan apa yang Dia benci? Apakah kita berusaha melaksanakan apa yang Dia suka?

.   .   .   .     bersambung     .   .   .   .

January 8, 2013

sedih pedih










Alangkah pedih rasa hati
selama kau pergi
tinggal ku sendirian
tiada berteman
dalam kesepian

January 7, 2013

Sebelum Aku Bernikah Part 1


Makhluk Cinta menyapa


Walaupun perasaan itu semakin kuat, saya tidak bersegera pergi kepada gadis yang saya suka. Saya tid ak pantas menghubunginya. Maka, saya bermula dengan mahu mengetahui diri dia yang sebenarnya. Kembara saya bermula. Saya bertanya perihal akhlaknya, sikapnya dan peribadinya. Saya pernah juga secara tidak langsung bertanya kepada abang dan adiknya bagi benar-benar mengetahui, bagaimanakah dirinya. Itu pun dirasakan tidak mencukupi. Berkahwin denga seseorang bermakna berkahwin juga denga keluarganya, bukan? Bagaimana keadaan keluarganya? ibu bapanya? Ketika menziarahi, saya meneliti ayah dan ibu gadis yang saya cintai.


Patutkah kita meluahannya?



Ada kata kata ‘islamik’ yang berbunyi, “sekiranya suka, jangan luah. Jika luah, Allah akan kurangkan kemanisan dalam cinta kita. Namun berdoa pada Alla,supaya Dia memberikan yang terbaik.”

Ayat ini kelihatan islamik. Tapi saya tidak bersetuju dengannya. Sekiranya mahu buka laci, jangan buka laci. Bukankah pelik jadinya? Islam bukan agama ajaib sedemikian. Islam Agama realistik.  Penulis berpendapat, sekiranya suka, perlu ada perancangan untuk meluahkannya. Luah itu adalah usaha kita untuk mendapatkan orang yang kita cintai, yang rasa baik kepadanya.

Namun, luahkan dalam keadaan yang mantap, bersedia, punya wawasan dan kematangan. Luah dengan cara yang syarie dan punya perancangan masa depan yang baik. Sebelum luah, bicang dengan ibu bapa kita sendiri terlebih dahulu, dengan penjaga kita, dengan ustaz-ustazah yang rapat dengan kita supaya itu bukan satu perkara yang tidak serius. Jadi, sebelum luahkan itu, fikir masak-masak. Bincang betul-betul dengan keluarga. Berdoa mohon kemantapan dan keyakinan daripada Allah. Kemudian yakin dan luahkan.

Jangan diri itu belum mampu untuk bercinta, sibuk mahu meluahkannya. Bina diri, bina peribadi. Bina perancangan bagi meluahkannya.

Cinta yang celik adalah dipandu dengan keimanan.Apabila dipandu dengan keimanan, maka matlamat bukan semata mata perkahwinan.


 Apakah aku telah memberikan diri ini jangka masa bagi berusaha mencapai kematangan?

. . . . . bersambung. . . . 

January 6, 2013

jealous

Ahh! ana tak dapat nak nafikannya lagi. terlalu banyak perkara yang buat ana cemburu.



ye, ana tahu;

"Smile, not becoz everything is good, but becoz u can see good in everything"

ye, ana tahu;

positif balQis! positif!

ye ana tahu semua tu.

tapi bila dah lama pendam, terasa terbakar jugak dalam diri ni. bukan lah terbakar. over pulak -.-  entah.


seriously cemburu bila berkawan dengan orang yang tinggi ilmu agamanya

seriously cemburu bila berkawan dengan orang yang lemah lembut

rasa macam nak tampar tampar je orang tu, and said 
"kenapa anti baik sangat?*sambil menangis* " bila ana nak jadi macam anti?  :\




salah satu cara nak ubat hati is berkumpul dengan orang orang soleh. 
tapi, setiap kali berkumpul, bersembang sembang, berbulatan gembira, i felt like i'm the worst, and perasaan cemburu tu datang bertubi tubi dari segenap sudut! mula lah ana touching tak tentu hala.

bagaiamanakah ? Y__Y


January 5, 2013

keep holding on. . .




You're not alone
Together we stand
I'll be by your side
 you know I'll take your hand
When it gets cold
And it feels like the end
There's no place to go
You know I won't give in
No, I won't give in

Keep holding on
'Cause you know we'll make it through
Just stay strong
'Cause you know I'm here for you

There's nothing you could say
Nothing you could do
There's no other way when it comes to the truth
So keep holding on
'Cause you know we'll make it through

Jom MaSuk UPM! :)

Assalamualaikum warahmatullah

Tarikh Hari ini : 4 Januari 2013 (Tapi, memandangkan entry ini terlalu panjang, ter lama pulak, sampai dah masuk hari esoknya, 5 Januari) 
Masa menaip : 12:36pm




Jom Masuk U ! *U mana?* UPMKB :D UPMKB stands for Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Sarawak, Malaysia. mereka yang duduk kat semenanjung tu, kenalah naik FLIGHT utk ke sini. yeahh, just like me. jom pergi over the sea! :D
and yeah,, this is my current place untuk menuntut ilmu. kali ni, ana nak promote tentang UPMKB tercinta tersayang  dan dicintai serta disayangi.  Serious best duduk sini, dapat kenal budaya2 masayrakat bumiputra yang ada kat sabah sarawak yang selama ni duk asyik sembang kat buku teks je. SERIOUSLY best kawan ngan dorang. Tak kedekut ilmu walau sikit pun, terutamanya mereka yang dari Institut Pertanian :)
let me tell you sOmething. UPMKB ONLY have ONE faculty; Faculti Sains Pertanian dan Makanan. ok, UPMKB menawarkan 7 khursus program yang menarik. oh ye, anda perlu tahu, UPM adalah salah satu daripada lima universiti bahagian penyelidikan, tak ingat la yang lagi empat tu, tapi, one of it besides UPM is Univeriti Malaya. 

sebelum anda ter culture shock, let me tell you this. dekat sini, ada satu program wajib. nama dia Program Buku Hijau.

Program Buku Hijau adalah kursus wajib 2(0+2) kredit yang perlu didaftarkan dan pelajar dikehendaki menjalani empat siri daripada enam siri yang ditetapkan. Ini memastikan setiap pelajar mendapat pengetahuan dan pengalaman luas berkenaan dengan segala perusahaan pertanian dan penternakan serta berkemahiran menggunakan jentera pertanian dan peralatan yang lain. Program Buku Hijau menjadi landasan ke arah mengkomersilkan dan menjadi pusat pengeluaran hasil tani dalam masa yang terdekat serta menjadi tumpuan aktiviti akademik, penyelidikan dan pengembangan.





KAMI BUDAK LADANG dan KAMI BANGGA
time ni masa semester satu.

seperti yang dinyatakan di atas, UPMKB menawarkan 7 khursus Diploma, 1 Khursus peringkat bachelor dan satu khursus peringkat persediaan diploma. ok. let's start with bachelor. here, in UPMKB, ONLY satu je la, which is Bachelor Scince in Bio Industry or usually call as BSBI.  Bacelor Sains Bioindustri adalah program empat (4) tahun atau lapan (8) semester dengan jumlah 134 jam kredit. Setelah mengikuti program ini selama empat tahun, graduan program ini bakal menceburi kerjaya dalam sektor pengeluaran (ternakan dan tanaman), industri pemprosesan, industri yang berkaitan dengan pengurusan sisa industri dan sebagai pegawai di sektor pertanian, perikanan serta ahli penyelidik berkaitan dengan pengeluaran primer, pengurusan dan utilisasi sisa serta pemprosesan hiliran.

7 Program Diploma yang ditawarkan ialah  ;

(a) DIPLOMA PENGURUSAN PERLADANGAN MAKANAN (DPPM)
sediakan batas beramai ramai. penat tapi best!
ini hasil penat lelah kami. tanam jagung, then makan ramai ramai, merasa hasil titik peluh sendiri.

DPPM. which is my current course. :D serious tak pernah terfikir masuk universiti yang rata ratanya budak science yang bapak hebat.. maklumlah, ana ni budak akaun. mana nak tahu tentang fizik, kimia and bio all that. -.- end up, i have to learn. HAHA ok, enough, niat di hati, nak promote ni, hehe


Penekanan program ini adalah kepada sistem pertanian perladangan, amalan pengurusan tanaman, tanaman makanan industri, pengendalian dan pemprosesan hasilan pertanian, pengeluaran dan pemprosesan ternakan, pengurusan ladang dan perniagaantani, pemasaran dan keusahawantani. DPPM adalah program pengajian tiga (3) tahun atau enam (6 semester) dengan jumlah 104 jam kredit.Graduan yang telah mengikuti program ini selama tiga (3) tahun merupakan tenaga kerja separa profesional yang boleh menceburi bidang yang berkaitan dengan pengeluaran makanan seperti perladangan, pengeluaran, pengendalian dan pemprosesan produk pertanian sama ada sebagai penolong pengurus ladang, ahli teknologi makanan, juruteknik pemprosesan, penyelia kilang makanan atau bidang pekerjaan lain yang berkaitan. Graduan juga boleh menjadi usahawan tekno-tani yang menjurus kepada pemprosesan hasilan makanan. Berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Bacelor di institusi pengajian tinggi sama ada di dalam atau luar negara. INSYAALLAH

(b) DIPLOMA PERTANIAN

ok. DPPM dengan DPT ni, tak boleh berpisah. budak DPT akan automatik sama dengan DPPM sebab kebanyakan subjek adalah sama dan dalam semester yang sama.. amali, jangan cakap la kan, memang tempat yang sama. oleh itu, sila jangan muak dengan DPPM ye. Rumet ana pun DPT . HAHA. memang, kebanyakan budak DPPM akan sebilik dengan DPT. nampak tak betapa akrabnya DPPM ngan DPT? :) 

DPT & DPPM ni kira adik beradik la jugak. cabang lebih kurang sama. cumanya, DPT lebih luas perspektif nya, kalau DPPM lebih spesifik. terserah nak pilih mana mana. ok. satu lagi info, DPPM and DPT is under the same jabatan which is called JABATAN SAINS TANAMAN (JST). maka dengan itu, tertubuhlah satu kelab yang digelar KESPER(Kelab Sains Pertanian) berbaik baik lah kalian, jangan gaduh ye! kitorang tak pernah gaduh tau. gaduh manja2 adalah. hehe opss. terlebih pulak detailnya.


Diploma Pertanian memberi penumpuan utama kepada bidang berkaitan pertanian seperti sains haiwan, tanaman makanan dan pengeluaran ternakan, pengurusan perosak, pengurusan tanah, ekonomi pertanian dan pengurusan ladang, keusahawanan dan pengembangan. Diploma Pertanian adalah program pengajian tiga (3) tahun atau 6 semester dengan 103 jam kredit. Peluang pekerjaan graduan Diploma Pertanian merangkumi kerjaya di agensi pengembangan pertanian (Jabatan Pertanian, RISDA dll), pembangunan tanah pertanian (FELDA, FELCRA dll), agensi penyelidikan (MARDI, FRIM, LGM dll), pembangunan bandar dan wilayah (UDA, KEJORA, PERDA dll), institusi pengajian, perunding dan kontraktor landskap, pembekal bahan pertanian, syarikat kimia pertanian, institusi kewangan dan graduan juga berkemampuan untuk
menjadi usahawan persendirian

http://www.btu.upm.edu.my/v3/index.php/ms/component/content/article?id=226

(c) DIPLOMA PERNIAGAANTANI (DPNT)


DPNT nni, yang secara kasarnya, ana boleh cakap, dorang jenis yang koperat koperat gitu, slalu je handle benda2 formal kat hotel area bintulu. ini bacth ana la.. tak tahu pulak bacth junior macam mana. :)

Program ini direka untuk menyediakan pelajar dengan konsep, praktikal dan  kemahiran insaniah dalam bidang perniagaan dan pertanian dengan menguasai pengetahuan dalam bidang perakaunan, ekonomi, tanaman, ternakan, pengurusan, pemasaran dan komunikasi. Program ini menyediakan pelajar dengan kemahiran perniagaan dengan pengaplikasian aktiviti value-chain dari input ladang melalui pengurusan ladang, pemprosesan, pemasaran dan jualan untuk produk berasaskan pertanian. DPNT adalah program pengajian tiga (3) tahun (6 semester) dengan jumlah 104 jam kredit. Graduan program ini adalah berkemahiran dalam perniagaan dan berpengetahuan dalam pertanian sebagai pelengkap kepada kemasukan ke pelbagai peluang pekerjaan, sama ada dalam agensi kerajaan, badan berkanun dan juga sektor swasta termasuk kewangan dan perbankan. Selain itu, para graduan juga boleh menjadi usahawan dalam bidang pertanian

(d) DIPLOMA PERHUTANAN (DPH)

budak budak DPH ni, kerjanya keluar masuk hutan, dari sem 1 sampai last semester. ye lah, dah namanya budak hutan kan? :) perlukan stamina dan daya tahan yang tinggi, tapi best. UPMKB ni, universiti dalam hutan, so, memang banyak hutan untuk diterokai.  :) Budak2 DPH under JABATAN PERHUTANAN.



Diploma Perhutanan ditawarkan untuk melatih separa profesional dalam sektor perhutanan. Penekanan program ini adalah kepada pengurusan hutan mapan,
pengurusan hidupan liar, pengurusan industri perkayuan serta pengurusan taman hutan dan rekreasi.
Diploma Perhutanan adalah program pengajian tiga (3) tahun atau 6 semester dengan 103 jam kredit.
Antara agensi yang memerlukan khidmat para lulusan Diploma Perhutanan termasuklah Jabatan Perhutanan, Institusi Penyelidikan MTIB, FELDA,
Kompleks Perkayuan, Badan-badan Berkanun di samping agensi swasta yang berkaitan dan juga agensi-agensi pelancongan seperti TDC dan
seumpamanya.


(e) DIPLOMA PERIKANAN (DPI)

often called as budak ikan. :)  1st semester, budak bdak ikan ni ada kelas berenang tiap sabtu ahad. perghhh! jeles kot. free pulak tu. -.- cumanya penat lah, orang lain sabtu ahad bercuti cuti, budak ikan kena pi klas berenang. tapi takpa,, penat lelah tu berbayar. ada pengalaman beb. janganrisau. best punyaaaa


Melatih graduan dalam pengeluaran perikanan dengan penekanan dalam bidang peternakan ikan, teknologi penangkapan ikan, limnologi dan oseanografi, kualiti air dan tanah, penyakit ikan, ekologi akuatik, ilmu perkapalan dan pelayaran, pengendalian dan pemprosesan produk perikanan dan keusahawanan. Graduan Diploma Perikanan mempunyai prospek kerjaya yang cerah di sektor perikanan swasta dan kerajaan, institusi penyelidikan atau keusahawanan. Diploma Perikanan adalah program pengajian tiga (3) tahun atau 6 semester dengan 103 jam kredit. Antara agensi yang memerlukan khidmat para graduan Diploma Perikanan termasuklah Taman-taman Sabah, WWFM, LKIM, Persatuan Nelayan, MIMA, & Perbadanan Pelabuhan. Di samping itu para graduan Diploma Perikanan mempunyai peluang kerjaya di dalam agensi kerajaan, swasta berkaitan dan juga berkemampuan untuk menjadi usahawan atau bekerja sendiri.


(f) DIPLOMA KESIHATAN HAIWAN DAN PENTERNAKAN (DKHP)

DKHP dengan DPI under satu jabatan called Jabatan Haiwan dan Perikanan. dorang adik beradik, sama kes dengan kos DPPM dengan DPT tadi :) kalau tak silap, diorang pun ada tubuhkan satu kelab under jabatan, cuma tak ter prihatin pulak nak tahu, haha. FYI, ana tak berapa rapat dengan budak2 DKHP. dont know why.


Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan ditawarkan untuk melatih graduan separa profesional dengan kemahiran dalam pengeluaran ternakan dengan penumpuan kepada pengurusan ternakan, foraj dan pastura, kesihatan haiwan dan pengurusan penyakit serta keusahawanan. Peluang pekerjaan merangkumi syarikat swasta, agensi kerajaan dan bukan kerajaan berkaitan dengan industri ternakan serta dalam bidang penyelidikan dan  keusahawanan. Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan adalah program pengajian tiga (3) tahun enam (6) bulan (7 semester) dengan jumlah 112 jam kredit. Antara agensi yang memerlukan khidmat para lulusan Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan termasuklah Jabatan Perkhidmatan Haiwan Persekutuan dan Negeri-negeri, MARDI, Pusat Penyelidikan Veterinar, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri-negeri, Jabatan Pertanian di samping agensi-agensi swasta seperti Guthrie, Kentucky Fried Chicken, Leong Hup serta ladang-ladang ternakan yang dikendalikan secara komersil di seluruh negara.




info tambahan. kat sini, tak macam universiti lain. satu bilik hanya memuatkan dua orang yang sama jantina dan mempunyai lima blok perempuan dan lima blok lelaki. setakat yang ana tahu, only my campus je yang satu bilik dua orang. lain sume 3-4 orang, ada yang sampai enam orang,, euuw! tak bestnya. macam asrama. (aceyhh.. budget macam pernah duduk asrama je )cumanya, kalian kenalah kamcing kaw kaw dengan roomate. sebabnya, dia lah hanya satu satunya orang yang sentiasa memerhati kalian. dia lah orang pertama anda lihat bila bangun dan tidur. and and and. kat sini, tak perlu risau tentang penginapan. serious dont worry. sebab kat sini, dari 1st semester in the 1st year, sampai final year, kalian akan duduk dalam bilik yang samaaaa. dan of koz la, blok yang sama. kalau universiti lain, 1st sem je dpat penginapan, semester seterusnya pulak kena berebut kan?  kat sini tak perlu risau semua tu. chill and study.

lagi best, part nak pi kuliah.   :D   kalau orang lain, kena berebut tunggu bas. tolak sana, tolak sini, dapatlah naik bas. itu pun kalau dapat lah. tu belum part yang tertinggal bas atau memang tak da bas time tu. *eh, ada ke?* kat sini, nak pi kuliah SEMUA ORANG jalan kaki beb.. jalan kaki. memang takda bas disediakan. senang lah, kalau tertinggal barang, menyempat je kalau nak patah balik amik sebab kolej dekat je, dua langkah, dah smpai. gitulah perumpamaannya. :) seriouslah, tak tipu, haish, tak caya pulokk. ada je yang bawak motor, tapi tak ramai pun. kat sini sangat sangat lah tak fleksible guna kereta. betul ana cakap. tak caya, datang sini, tengok :)

nak pi solat jumaat pun senang. Pusat Islam dekat. tiga langkah je, dah sampai. tiap kali zohor hari jumaat, maka akan nampak lah para lelaki kacak dan bergaya akan berpusu pusu ke pusat Islam dengan memakai baju melayu + kopiah + kain pelekat. huyyooo.. memang lah, hemsem hensem belaka. pilih je mana satu anda nak.

kalau nak outing? haa,, ni best. just call nombor teksi, dapat lah keluar UPM. sorry eh, memang takda bas kalau takat nak pi bandar. bas hanya disediakan untuk pergi trip SAHAJA. naik teksi sangat lah senang.cumanya, kena hati hatilah. better tanya para senior tentang teksi. mintak je nOmbor teksi dari dorg. dah tentu murah. and kena pandai deal lah. jangan jadi macam ana masa 1st semester dulu. nak pergi bandar, kena bayar lebih kurang RM 28. rupanya, bila sembang dengan senior, dorang cakap, "eh, pi bandar cuma RM 15 je la." CIS! ana kena tipu. mentang mentang lah ana budak baru masa tu. sampai hati :(
so, hati hati lah ye  :)

Nak masuk? layari laman web ini : 

http://www.btu.upm.edu.my/v3/index.php/ms/component/content/article?id=226

Ni ada info sikit, tentang yuran

http://www.btu.upm.edu.my/v3/index.php/ms/program-diploma?id=145

NOTA:

Jika ada sebarang pertanyaan, jangan malu malu nak email kan pertanyaan saudara saudari ke asbull@putra.upm.edu.my sebab malu bertanya sesat jalan, kalau sesat tak tahu.. sapa suruh tak tanya.

: : : Update on 23rd may 2014 : : :

12/4/2014 <--- tarik ini tarikh ana resentation untuk 22 weeks of industrial training ana di sabah. Dan pabila sudah present, maka secara oficially ana sudah tamat belajar di sini.. di upmkb yang banyak mengajar ana tentang erti kehidupan sebagai seorang mahasiswi.

Apa yang ana tahu,pihak pengurusan kolej umkb sedang menyelenggara bilik. . Daripada dua orang sebilik, jd tiga. Tapi ana tidak pasti pula semua bilik atau sebahagian sahaja.

: : UPDATE PADA 3 jANUARI 2014: :

currently studying at UPM Serdang, taking Bachelor In Agricultural Sciences . and i'm still missing my life in Bintulu. I'll be like, cant stop myself from missing that much to a place that taught me as a human being.

January 1, 2013

perjalanan kehidupan

Tarikh menulis : 01 Januari 2013
Masa menaip : 10.37 pagi waktu bintulu


Assalamualaikum..

alhamdulillah kita masih dapat hidup pada hari ini. and yeahh ana perlu terima hakikat yang umur ana menginjak ke angka dua puluh..  ada apa pada angka, ye dok? it just a number. it will increase year by year.

hoyeahhh ! 2013 ! Selamat Tahun Baru! selamat tahun baru ! jerit jerit macam orang gila, sambil tengok bunga api yang pusing pusing . . .  poomm! meletup. huha huhaa enjoy. pagi, baru balik rumah. itupun kalau balik. 

perlukah?
     lebih baik stay up malam berkomunikasi dengan Allah. kan lebih baik?

*          *          *

malam semalam, ana call mak ayah. sumpa rindu weyh. *kesat air mata* and guess what. mak cakap macam ni, "angah, alhamdulillah! angah punya doa termakbul. Aisyah (my lil sis) dapat masuk SMKA Kuala Selangor"

O_o'

terkedu 67 saat.

alhamdulillah. sangat sangat :)  and yeahh. harini, aisyah daftar masuk kat KUSISS tu. perghh ! jelous gila kot! :( 

dulu ana memang teringin sangat nak masuk sekolah agama. ingat lagi. masa ana darjah enam dulu, ana ada terpikir, eh, nanti bila masuk sekolah menengah, ada belajar bahasa arab lagi ke?  masa tu memang jatuh cinta pada bahasa arab. masa tu naif sangat tentang sekolah agama ni. niat di hati ada, tapi peluang takda. takpa lah, takda rezeki. ana pun teruskan pengajian kat sekolah menengah biasa dengan mengharapkan ada kelas bahasa arab and guess what.

time ana form 4 baru diwujudkan kelas bahasa arab kat sekolah tu and yet. . .  ianya dikhaskan untuk pelajar menengah rendah. ehh! apakah? pffttt. -.-  takpa lah, bukan rezeki ana lagi kot. takpa takpa.

bila ana form 5, baru ana tahu kewujudan sekolah agama dekat dekat dengan puncak alam. pfftt! itupun sebab van sekolah ada amik sekali dengan plajar sekolah agama tu. SAM Nurul Iman nama sekolah dia. *terkilan* takkan ana nak tukar sekolah pulak? dah form 5 kot masa tu, takpalah. takda rezeki.

tapi memang jealous gila la adik dapat sekolah agama.  takpalah.. Allah bagi nikmat sama rata pada hamba2 Nya. dont worry lah. chill.  :D


*         *         *

: Semakin Jauh Perjalanan, Semakin Dekat Kematian, Semkin Bertambah Bebanan, Semakin Kurang Keupayaan. Hanya Iman Dan Keyakinan Mampu Mengayuh Perahu Kehidupan, Penuh Ketenangan Merempuh Kehidupan. Tulus Dengan TUHAN Tuluslah Sesama Insan. Berhijrah Kita Kearah Kebaikan ::


mutiara kata dari tokoh Islam

ini pun best jugak :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...