balQis Bintulu

My photo
-tempat yang paling tinggi di dunia-, Selangor, Malaysia

sEt dALaM miNdA !

November 16, 2012

hey!

Tarikh : 16 November 2011
Masa Menaip : 10.47pagi

Enam Belas November. ye. pernah berlaku sesuatu pada tarikh ni. tapi bukan harini lah, kira kira tiga tahun lepas. ye, tahun 2009.

eh, dah tiga tahun kan? macam tak percaya. :)



walapun seindah mana kenangan itu, ia tetap dah berlalu . . . 
dan meninggalkan seribu satu makna in my life. 




terima kasih

November 13, 2012

Seandainya. . .

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiapkan bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lamanya disudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

November 10, 2012

Jejak Universiti Part 23

Assalamualaikum warahmatullah. . . 

alhamdulillah. .  syukur tak terkira. hajat tercapai. Macam apa yang ana tulis kat sini,(click untuk tahu lebih lanjut), Hari ni, yakni 10 November 2012, ada majlis graduasi amugerah kecemerlangan.

mula mula cuak sebab seriou tak tahu jalan, takat nak masuk UiTM Puncak Alam tu, ana tahu. sebab dekat je pun dengan petronas luar Puncak tu.tapi bila masuk dalam. perghh. terkesima kejab. serba purple!

maka dengan itu, timbullah satu masalah besar. 

tak tahu jalan. . . 
main redah je, bila drive. aisyah (my lil sis) kata, kolej raflesia. ok. dalam fikiran. 'kolej raflesia'.. 'kolej raflesia'... 'kolej raflesia'.. tu je yang ana fikir sambil mengharapkan ada papan tanda tulis 'kolej raflesia'. Kebetulan, time ana drive tu, banyak kereta ada pada lorong yang sama dengan ana.

"haa,, ni mesti nak pergi 
kolej raflesia jugak ni, ikut je la dorang. senang. nanti takut sesat"
detik hati ana...

untuk pengetahuan, kat UiTM PA ni banyak roundabout. *. . . benci. . . *  ikut punya ikut kerata depan. sampai la satu tempat. lepas parking, ana tengok, cam lengang je. tengok jam. pukul 8.30. eh, betul la, dia suruh datang 8.30. elok je parking, hati tak sedap. tapi buat bodoh je. *positif balQis! Yakin!* (ana cakap dalam hati)

Ada beberapa pelajar UiTM tengah lalu. tanpa teragak, ana pun tanya.
kak, kolej raflesia kat mana ye? *sebab apa yang ana nampak, bangunan kuliah je =.=' *
eh, kolej raflesia bukan kat sini, dia kat bahagian ataaaas sana. (sambil tunjuk kat arah bukit belah kanan)

ok. menggelabah dah. . macam mana ana nak keluar ni, td jalan sehala. ahh bantai la. dengan muka tebal, main lalu je kat fakulti sains kesihatan tu. =..=

perjalanan diteruskan dengan penuh debaran. . . . 

lastly.. fuhh! alhamdulillah. sampai sudah kat kolej yang sememangnya berada di puncak bukit dan hujung dunia! grrr.. saba je lah. kalau ye pun, BUAT LAH BANNER< then letak kat setiap ROUNDABOUT dah tau banyak gila roundabout. eee,, aku ketuk kang ~ !

tu satu. cabaran seterusnya ialah mencari parking. oh mann! selalu akalu kat bintulu, naik teksi, tak payah pikir pasal parking.  -__-

oleh sebab ana takut adik2 lambat, so, ana drop them kat depan pintu kolej tu. yelah, tengok2 jam, dah pukul 8.45. kesian pulak diorang.

lepas sepuluh minit pusing pusing luar kolej tu, still tak dapat parking. oh mannn! macam mana ni? bila dah buntu, mula la fikir benda jahat. nak tahu kat mana ana parking? kat blok kediaman plajar. haha. biarlah, padan muka. siapa suruh buat event dekat tempat yang parkingnya cuma boleh memuatkan 30 kereta je? =.= ni majlis anugerah dari drjah satu sampai darjah enam, memang muat lah kalau nak parking kan..?

masuk masuk je... hambar.
eh, dah betul la kolej raflesia ni. asal takda apa pun. . ?

oh ok. rupanya kat tingkat dua, ee. aku baru nak bebel lagi.

sampai je kat meja pendaftaran, ana tick kat bahagian 'ibu'. sebab takda column untuk 'penjaga'. hanya mampu tersenyum. pastu automatik lupa tentang segala masalah, cabaran dan rintangan yang dihadapi semasa driving tadi. hahahh


eeee benci! tengok, rosak gamba bila upload kat blog!

. . . . .bla bla bla . . . .  masa pun berjalan.

seiring masa berjalan, perut pun mula berirama, mintak di isikan. oh ye. ana baru teringat. cuak punya pasai, sampai tak sempat nak sarapan pagi tadi. hampeh. lalu ana with suraya pun pegi merayau dalam bangunan tu, carik makanan. takda. hampa. on the way nak naik balik tingkat dua, nampak satu kedai, just kedai biasa, jual jajan2 je. 
otak kata taknak, tapi perut dah merintih rintih ni. haih,, terpaksa lah ana beli keropok twisties untuk sarapan pagi =..=

event nya habis sekitar pukul 11.40. serious lapaaaaaar! tapi kuat kan jugak la diri sebab nak drive kan. wuuuuu~

sebelum sampai rumah, ana beli lauk untuk makan tengah hari. sampai je kat dapur, lepas tukar baju sume, terus hadap makanan. hahah.

maaf lah, takda faedah pun readers baca entry kalini, just nak cerita pengalaman ana hari ni, tu je. heeeee


November 9, 2012

Kisah Nabi Nuh

Tarikh : 9 November
Masa Menaip : 2.38 petang




Bahtera Nuh jadi bualan
umatnya ingkar tidak beriman
dianggap gila
bahan ketawa
mengapa di atas bukit dibina?

hari itu, 
Terbukti segala kuasa Tuhan
menurunkan hujan
banjir yang besar
melanda dunia
dilindungi Allah yang beriman

selamatlah semuanya yang di atas bahtera
haiwan dan insan di bawah satu bumbung
lapan puluh tiga orang
kecuali anaknya,
dan juga isterinya yang tercinta

begitulah kisah tauladan terkandung dalam alQuran
yang menjadi sebuah ikutan mereka yang beriman
Iman tidak diwarisi walaupun ayahnya Nabi
berdoalah pada Allah agar selamat sejahtera
daripada azab Allah, 
semestinya berusaha
tingkatkan iman di dada 
jangan mudah rasa bangga
dengan iman yang ada

*sebenarnya ni sebuah lagu masa ana kecik kecik dulu*
 banyak kisah nabi yang diolah menjadi lagu. tapi, cuma Nabi Nuh je yang ana ingat sampai sekarang.ada lagu kisah Nabi Yusuf, tapi ingat chorus dia je. :\

tadi saja tangan ni gatal pegi taip satu rangkap lagu ni kat youtube. haha..
tapi.. tiba tiba jumpa pulak lagu ni weyh!
waduh,, serious terharu. ni la lagu nya
sila lah dengar:



Nabi Nuh :




Lagu tentang Nabi Yusuf ada di sini.. > click here <
agaknya budak budak kumpulan Aura ni kemana lah sekarang, kan? hebat lah adik! lagu yang sangat bagus,

Jejak Universiti part 22

Tarikh : 9 November 2012
Masa Menaip : 8.45pagi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Tretttt! tret ! *bunyi mesej masuk*
'siapa diantara kalian yang ingin jogging bersama artis?' <--- daus bagi mesej.
haha. perasan artis la tu~ *gurau.. i know daus tengah baca*

nak balas, takda kredit. sorry. actually bukan takda kredit, ada je. cuma dah expired, haih, nyusahkan betol. perlu ke ada eXpired date ni? bazer je =.='

malam tadi, a friend needs me to comfort himself. yeah, he's my best friend. tapi disebabkan credit dah eXpired , tak dapat nak tolong beliau. terkilan sangat bila tak dapat berada di samping orang yang memerlukan kita. ye. macam apa yang pernah ana cakap dalam ruangan ini. (click untuk tahu lebih lanjut)

oh ok. tudiaa. punya panjang intro harini.
actually, taknak pun cerita pasal credit tu sume. cuma geram. perlu ke ada expired date!? 

ok. dah. dah. tutup cerita tu. =.=

semalam, terjadinya perbualan seperti di bawah ;
Ayah : Allah!, sabtu ayah kerja lah, ayah rasa. Ameer ada Majllis Anugerah Kecemerlangan kat UiTM Puncak Alam. cuba tengok jadual mak, mak free tak hari sabtu tu

ana dengan pengharapan yang penuh, sangat mengharapkan mak tak free. hehe
*berjalan ke arah kalendar yang terletak di ruang dapur
*selak selak jadual, ada tertulis pkataan 'UPSI'*

Yesss ! mak ada program kat UPSI.. yahoo! boleh drive! 

*melangkah ke ruang tamu dengan muka yang buat buat tenang. cool*

Ana  : ayah, mak tak free. macam mana ni
 *sambil pandang ameer yang dah hampir kecewa sebab takda siapa nak pergi tengok dia amik hadiah*

Ayah : laa.. yeke.. Kalau macam tu, angah drive hari sabtu tu, boleh?
Ana  : *buat muka tenang* boleh. tapi kena tampal pelekat P la. 

wahahaha! sumpa seronok weyh! rasa nak menari nari je time tu. sebab kalau jadik lah kan, ini kali pertama balqis drive sejauh tu. wohoooo!


|  control yourself balQis !

oh ok. ok. over pulak.

bukan apa, excited meyh~

tapi kan tapi kan, sebenarnya diri ini sangat jeles. buat majlis Anugerah kat Universiti Teknologi Mara Kampus Puncak Alam untuk budak sekolah rendah. weyh! ameer baru tahun dua kot. diulangi, tahun DUA. baru sepuluh tahun hidup. .  dah dapat jejak kaki kat Universiti. ye, walaupun takat majlis anugerah ynag hanya beberapa jam, but still.. dah jejak kaki kat U. kalau ana dulu, memang tak tercapai dek akal la kan..

takpa. nak jelous buat hapa? ana dah jejak kaki kat universiti dah pun. alhamdulillah. 
*sebab tu wujudnya episod JEJAK UNIVERSITI kat blog ana ni.. hehe*

stop merepek pagi pagi.
ana undur diri dulu ye.
wassalam..

Jejak Unversiti Part 21 here. yes, please click the highlighted one

Jejak Universiti Part 21

tarikh : 8 november 2012
Masa Menaip : 11.59malam


ok. cuti semester kalini sepi semacam je.



terasa sangat kosong. *tolong jangan nyanyi lagu kosong by najwa latif tu* bukan tak suka dia, i'm just SICK OF who ever yang nyanyi 'kosong.. kosong...' EVERY TIME perkataan kosong diungkap.


ok, intro yang taKda kena mengena



eh, jab, lupa bagi salam.
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh



terasa sangat hambar. . . sumpa wa cakap. sangat hambar.

yes, it is sangat fun bila jumpa balik daus dengan nana bila balik puncak. hilang rindu weyh! alhamdulillah.. banyak jugak kerja gila yang kitorang buat. 

k, over. bukan banyak pung, tipu je lebih~

jumpa jumpa je, nana ajak berjoggings.. wuuuuuuu~ ok. gua turutkan saja. alang alang dah lama tak jogs. haritu dengan berjayanya,, kami bertiga, Daus, Nana and me  jogging. tapi sampai hujung lorong rumah gua, terus sembang sembang. gelak gelak. ntah apa yang kelakar sangat, gua pun tak tahu la. cakap sepatah, gelak, jalan satu langkah, gelak. apedaa! =.= dan akhirnya, kami hanya berjalan dan bersembang sambil menikmati udara pagi di Puncak Alam.

 eh, tu kali pertama melihat suasana puncak alam sambil berjalan kaki serta bergelak getawa bersama mereka.


esoknya, kitorang cadang nak jogging lagi, ok. 

keesokan harinya, kami berjogging sampai area fasa 5 tu, urm apa nama nya, gua pun tak ingat la der. sorry.
*tinggalkan laptop sebentar. lari. tanya adik apa nama tempat fasa 5 tu*

oh ok. adik gua dah tidur.

haihhh,, baru setahun setengah duk bintulu, dah tak ingat nama fasa 5 kat Puncak Alam ni, tu belum tanya nama tempat kat negeri lain. (jangan tanya!)


jogging punya jogging. ternampak ada pulak stall jual nasik lemak beserta kuih muih kat tepi jalan. apa lagi. kitorang pun stop. **** beli karipap. then sambil jog sambil makan. haha. kelakar la kawan gua sorang ni. 

balik dari jog, Nana dengan Daus lepak my rumah kejab, nak hilangkan penat. daus ternampak cubic kat atas meja, actually gua tak pernah minat pun nak main benda tu. Daus tersangat khusyuk solving that cubic.  sampai carik tutorial kat youtube menggunakan my laptop yang ^%$#@*! (TAKNAK TAIP, NANTI LAPTOP MERAJUK.) 

beberapa hari lepas tu, Nana ajak me pergi sekolah LAGI. serious excited nak pergi jumpa cikgu walaupun time cuti semseter dua dulu pun kacau cikgu kat sekolah. HAHA. elok je sampai kat depan pintu bilik guru,

Nana : Balqis masuk dulu la..
gua : haa.. apa pulak.. nana kat depan kan. nana la masuk dulu
Nana : ishk,, kau la masuk dulu
gua : ee.. taknak,, seGAANNNNN. (tercakap kuat pulak.)

jadi, berlaku lah adegan tolak menolak antara dua makhluk paling comel kat depan bilik guru tu. sedang asyik tolak menolak, puan musalwah (cikgu BM form 4) tegur, 'aii,,bertolak tolak ni kenapa? nak masuk, masuk jela..'
ok. malu.


tutup cerita tu
at the end, kitorang tak masuk pun bilik guru tuuu. =.=


tutup balik cerita tentang tu
sepanjang sebulan cuti semester kali ni, tu je yang gua buat. 
harini dah 8 haribulan. balik bintulu 17 hb. =.=
serious, ini cuti pertama yang gua rasa sangatttt kosong.
mungkin sebab ini kali pertama tak lengkap berempat kot.





sumpa rindu tonah. k bye.



episod lepas tentang 'jejak universiti' ada kat bawah ni ha. 
kalau rajin, bacalah. kalau tak rajin, sudah! taknak kawan~



November 8, 2012

Kenangan sekolah rendah Agama

Tarikh : 8 November 2012
Masa Menaip : 9.26 malam


Assalamualaikum.

tiba tiba je harini ter'jumpa' satu lagu ni. actually, bukan lagu, ianya selawat. bila dengar je ayat pertama selawat ni, terus teringat time sekolah rendah agama dulu. masa tu ana darjah lima, sekolah kat Sekolah Rendah Agama Kafa Intergrasi Puncak Alam (SRAKIPA).

kalau sekolah kebangsaan, tiap kali perhimpunan mesti kita duk nyanyi lagu negaraku, lagu negeri dan lagu sekolah kan? kalau sekolah agama, mesti lagukan nama nama Allah, lepas tu selawat. eh, nak tahu tak selawat apa yang kitorang selalu lagukan?


kalian kena dengar selawat ni dulu, baru paham apa yang ana nak sampaikan kat bawah ni ha.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

ada satu tip penting sebelum kalian lagukan selawat yang ni. 
mulakan dengan nada yang betul. tak terlalu tinggi, tak terlalu rendah.
serious ana cakap, kalau mula dengan nada tinggi, part last each perenggan selawat akan spoil. serious, tak caya cuba buat.
ana pernah :(

suatu ketika, ana memang semangat gila nak selawat ni. (sebenarnya semangat bukan apa, sebab dah hafal semua perenggan.) semangat nya lain macam. dengan confidentnya, ana mula dengan high-picth. when reach the last two paragraph, suara ana tiba tiba terlari. punya la malu.. time perhimpunan tu, orang kiri kanan pandang ana semacam. 

terus ana tak lagukan selawat ni untuk beberapa hari. haha, mogok kononnya. 

tadi ana cuba lagukan selawat ni buat kali pertama setelah bertahun tahun tak lagukan.
and you know what?

ana hadapi masalah yang sama. dan terus mogok untuk beberapa minit. -__-



November 7, 2012

Dayuskah aKu?



Tarikh : 7 November 2012
Masa menaip : 9.26pagi


Dayuskah aku? Apa aku nak jawab kalau Allah tanya aku nanti? Apa tanggungjawab aku pada insan bergelar kawan?
Tak tahu nak mula macam mana.
.
.
.
.
.

Bukan nak mengaibkan orang, tapi, ana terfikir,ana ni kawan jenis apa yang sanggup biarkan kawan sendiri  hampiri dosa? Seriously, sebenarnya susah untuk diri ini menegur kawan yang rapat dengan ana.
 Ok. Ini takdak kena mengena langsung dengan kawan baik ana (daus,nana and tOnah tau.) kalau diorang, ana tegur direct je. Sebab ana tau, kitorang takkan toucing lebih2 sebab masing2 tahu, teguran itu bagus untuk memperbaiki diri sendiri.
>Back to the story<

Bukan ana tak nampak apa yang mereka buat. Bukan ana tak tahu mereka berpegang tangan depan ana. Tak tahu kenapa, tak terdaya ana nak halang guna mulut dan tangan (kuasa) ana sebagai kawan. Ana hanya mampu cegah guna hati. Benar lah apa yang rasulullah pernah bersabda.. Sesungguhnya mencegah dengan hati, adalah selemah selemah iman.(sesiapa yang tahu hadith lengkap tentang ini, tinggalkan kat ruangan comment ye, thank you!)
Sebab apa selemah lemah iman?  Sebab kita menghindar dalam senyap, tapi dosa tu tetap berlaku depan mata kita. Mari ambil contoh. 

Ada lima watak, ‘daun’ , ‘ranting’ , ‘rumput’ , ‘jaring’ dan ‘tiang’


Daun dengan rumput dikatakan kapel la konon. Hanyut dalam cinta palsu yang dikgelar pasangan kekasih.(ini bukan cara Islam, ok!) Dalam masa yang sama, daun dengan ranting bersahabat baik. Bila daun dengan rumput keluar , mesti daun ajak ranting keluar sekali.
“supaya tak kekok bila keluar dengan rumput!” katanya bila ranting tanya kenapa daun ajak  ranting bila keluar dengan rumput. Ranting tak selesa sebenarnya. Tapi ikutkan saja sebab taknak hampakan permintaan daun,sebab daun adalah ‘bayang’nya. Pokoknya, di mana ada daun, di situlah ada ranting. Begitulah mereka  sejak awal pertemuan dahulu.

Hari demi hari, bulan demi bulan,  daun , rumput dan ranting bersahabat baik, walaupun pada awalnya ranting tak berapa suka rumput. Sebab rumput terlelu mesra dengan daun, walhal mereka bukan muhrim. Terlebih lebih.Walaupun keluar bertiga, tapi itu tak menghalang rumput dan daun bersentuhan.SECARA SENGAJA. Ranting sedih tengok daun yang berani biarkan rumput pegang tangan daun (daun ada tangan ke?ok. ni contoh saja).
Tipulah kalau ranting tak pernah berdehem, sebagai tanda amaran. Tapi still tak berkesan. Mungkin ranting terlalu pengecut. Ya. Ranting pengecut!

Itu baru satu dilema si ranting.

Dalam masa yang sama, ranting pun bersahabat baik dengan tiang.
(kenapa tiang yang dijadikan contoh  -_- ) ok. Sambung.

Tiang akan ceritakan semua masalah beliau pada ranting. Sampai kan masalah peribadi pun dia cerita pada ranting. Itu membuatkan ranting selesa berkawan dengan tiang. Mungkin sebab rasa terharu bila diri dipercayai untuk menyimpan rahsia peribadi si tiang. Ye. Walaupun tiang tu bukan muhrim si ranting.
 Sampai lah satu saat, ranting baru tahu yang tiang JUGA berpacaran. :( bukan jelous ke apa (takda makna nya aku nak jeles) Tiang ada bagitahu ranting tentang jaring;yakni pacar si tiang. Ranting tak kisah kalau nak cerita, tapi dalam masa yang sama, ranting tanya pada diri ranting, ‘adakah aku nak biarkan DUA orang kawan aku terus hanyut?’ tapi apa yang harus ranting lakukan? Ranting sedih sebab tak dapat nak jalankan tanggungjawab ranting sebagai kawan.

Dayuskah si ranting?

November 3, 2012

Kiriman Salam untuk mu


sampaikanlah salam cintaku padanya
walaupun terluka namun ku merindu
kerna cintaku tiada akhirnya
walaupun engkau telah menghancurkan

sampaikanlah salam cintaku padanya
walaupun sengsara namum ku masih sayang
kerna cintaku mewangi dan harum
walau tercampak di mana jua

andai ku tiada
andai ku pejam mata
biar ku abadi
cinta yang setia ini
biarpun kau jauh
sambutlah salamku
kerana aku masih menyayangi

tidak pernah aku membenci dirimu

Ya Allah, sampai kan lah salam rindu ana padanya . . . .Engkau Maha mengetahui segala-galanya.

November 2, 2012

Time Change Everything.

Ana selalu beranggapan aan adalah kawan baik mereka bertiga. Tapi, bila ana fikir sedalam dalamnya, I  questioned myself.  Is tT. . . ?  is it???? 

entahlah. . . 
kadang kadang, ana tanya diri ana, adakah persahabatan kami ini hanya luaran sahaja? oh, takk.. ana yakin. ada ikatan batin antara kami berempat.
tapi, betulkah?
ana sendiri tidak pasti. 



masa sekolah dulu dulu, ana selalu ada untuk mereka bertiga. ye, selalu ada, walaupun pernah kitorang gaduh besar. =.= memang tak boleh lupa la hari tu.
but now. . . 
masing masing dah melanjutkan pelajaran kat tempat yang berbeza. ana, bintulu, Daus kat Gombak, Nana pulak kat Sri Iskandar, Tonah currently at Guelph,Canada. 

Kadang kadang, ana rasa geram kat diri ana bila ana sedar yang ana tiada di samping mereka bila mereka memerlukan ana. Kalau dulu, timbul je masalah, kitorang akan duduk sama sama, then cerita. lepas tu, sama sama carik jalan penyelesaian. then, everything will be ok. huhaHuHa balik.

but now. . .  
bila masing2 dah terpisah dan jarang berjumpa, masalah yang nak dikongsi pun terasa dah basi.  

bukan apa, ana just rindu kan kita yang dulu. berkepit je mana mana.

i know, time change everything. but i do really hope our love will grow seiring dengan masa.

sebenarnya ana terkilan bila ana takda disamping kalian. sedih. maafkan ana, sahabat.

November 1, 2012

Mimpi

Tarikh Hari Ini : 1 November 2012
Masa menaip : 8.15pm
Tempat : HSH (HoMe sWeeT HoMe)

Assalamualaikum.

Mimpi itu mainan tidur. katanya lah. Semua orang pernah bermimpi kan? Selama ana hidup selama 19 tahun di muka bumi ini, kebanyakan mimpi ana tu merepek belaka. sumpa merepek. =.= ada mimpi yang memalukan, mimpi yang sangat langsung ana tak paham. dlast yang ana mimpi, is mimpi yang betul betul buat ana perasan. serious!


tapi, hari ni, tujuan ana menulis, bukanlah ingin berkongsi tentang mimpi ana. Ana ada baca surat khabar day before yesterday. yakni Selasa 30 Oktober 2012 (Utusan Malaysia.).  sedikit petikan from that newspaper :

Rasulullah SAW bersabda: Mimpi yang baik berasal daripada Allah SWT. Mimpi yang buruk berasal dari syaitan. Maka jika salah seorang dari kamu melihat mimpi yang ia sukai, maka jangan lah diceritakan melainkan kepada orang yang dicintai nya (otrang yang dia percayai) Dan jika ia melihat perkara yang dibenci dalam mimpinya, maka meludahlah  tiga kali ke sebelah kiri, dan berlindunglah kepada Allah daripada kejahatan syaitan. dan jangan ceritakan mimpi itu kepada sesiapa. Sesungguhnya ia tidak akan memberi mudarat kepadanya.      (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

meludah ke kiri tiga kali? hurm,,  wallahualam. Ana pun baru tahu. Ana teruskan pembacaan;

Tanda sebuah mimpi berasal dari Allah ialah, ia akan menyebabkan hatti kita tberasa sangat lapang. Dan akan merasakan kegembiraan dan kebahagiaan sepanjang hari.

Wassalamah wa ilal liqa'
jaga diri, jaga iman, jaga hati, insyaAllah :)
Assalamualaikum.

mutiara kata dari tokoh Islam

ini pun best jugak :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...