balQis Bintulu

My photo
-tempat yang paling tinggi di dunia-, Selangor, Malaysia

sEt dALaM miNdA !

Showing posts with label http://hadis.feryco.com/aurat-antara-sesama-lelaki-dan-wanita. Show all posts
Showing posts with label http://hadis.feryco.com/aurat-antara-sesama-lelaki-dan-wanita. Show all posts

October 18, 2011

wahai adam....

 Adam...
Kalau kami tidak membalas salammu, kami dikatakan sombong,
Kalau kami diam apabila ditanya, dikata berlagak pula,
Kalau kami tidak senyum kepadamu, dipanggil poyo,
Kalau kami tidak membalas smsmu, dikatakan kerek.

Adam...
Perempuan bagaimanakah yang engkau mahu jadikan isteri?
Adakah seorang perempuan yang dengan senang hati memberi salam kepada semua lelaki?
Atau perempuan yang melunakkan suara apabila bersuara?
Serta perempuan yang murah senyum dan tawanya untuk semua?
Ataupun...
Perempuan yang sentiasa berkepit dengan telefonnya,
Tidak hirau sekeliling semata-mata meluangkan masa untuk bersms denganmu?
Begitukah calonmu wahai Adam?

Ketahui wahai Adam,
Sesungguhnya, perempuan itu manja,
Suka dibelai, Suka dikasih,
Namun, Adam...
Tahukah kamu apa erti batas pergaulan?
Janganlah sewenang-wenangnya engkau memanggil kami sombong, berlagak, poyo atau kerek.

Kerana...
Kami begitu untuk menjaga aib kamu,
Membantu kamu menghindari diri dari belengu dosa,
Menjauh dari kehinaan,
Kerana kami merupakan fitnah dunia,
Fitnah bagi kamu.

Adam...
Kami ini insan yang lemah,
Janganlah kau cemar iman kami,
Janganlah kau rosakkan mujahadah kami,
Janganlah kau kotori kasih dan cinta kami pada Ilahi,
Kerana kami sedang berperang melawan nafsu,
Sedaya upaya menahan diri daripada godaanmu.

Adam...
Andai kau kasih dan sayang pada kami,
Andai kau mahu membela nasib kami,
Andai kau mahu perempuan solehah menjadi suri dalam taman hati,
Ibu kepada bakal pejuang agama,
Doalah buat kami,
Doalah jua buat dirimu,
Agar ada redha Allah dalam setiap amalanmu dan kami...
Kerana Adam adalah pembela kami.

February 9, 2011

Aurat Saya Maruah Saya!

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI....

Sedih apabila kita melihat anak-anak muda begitu asyik memaparkan bentuk badan dan semua bahagian badan yang begitu menghairahkan. Dengan gejala minah rempit, kegilaan masyarakat untuk menjadi artis, pendedahan aurat dalam laman sosial seperti Facebook, Tagged, Friendster, Myspace dan sebagainya. Tiada lagi rasa malu, tiada lagi nilai aurat dalam diri wanita-wanita islam, tiada lagi maruah diri dan tiada langsung rasa bersalah!Lebih parah lagi ramai di antara mereka tidak pernah tahu pun bagaimanakah sebenarnya cara menutup aurat dengan betul! Sebagaimana masyarakat berpakaian, sebegitulah mereka berpakaian. Sebagaimana golongan kafir berfesyen, sebegitulah mereka berfesyen !

Cara Menutup Aurat Dengan Betul

Di bawah adalah cara menutup aurat yang dituntut dalam islam..
Tutup+Aurat+Yg+Betul_1
BERTUDUNG TETAPI .....
Tutup+Aurat+Yg+Betul_2Tutup+Aurat+Yg+Betul_3Tutup+Aurat+Yg+Betul_4
Tutup+Aurat+Yg+Betul_5 

RenunG2 kan dan selamat beramal!
-QiS-

December 21, 2010

@uRaT...

Dari Abu said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: “Lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki dan perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan. Lelaki tidak boleh berselimut sesama lelaki dalam satu selimut tanpa pakaian dan perempuan tidak boleh berselimut sesama perermpuan dalam satu selimut tanpa pakaian.”
(Bukhari)
Huraian:
Pakaian adalah satu keperluan penting bagi manusia. Secara lahirnya, pakaian melindungi manusia, tetapi secara batinnya adalah lambang kemuliaan insan. Syarak mendefinisikan bahawa aurat adalah sesuatu yang wajib disembunyikan dan haram dilihat. Menurut pendapat jumhur ulama’, wajib menutup aurat dalam semua keadaan sama ada pada waktu solat atau di luar solat.
Secara keseluruhannya empat mazhab utama dalam fiqh Islam iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali menetapkan bahawa aurat bagi lelaki adalah antara pusat dan lutut manakala bagi wanita ialah keseluruhan tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan berdasarkan nas yang kuat daripada al-Quran dan al-sunnah.
-Qis-

mutiara kata dari tokoh Islam

ini pun best jugak :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...