balQis Bintulu

My photo
-tempat yang paling tinggi di dunia-, Selangor, Malaysia

sEt dALaM miNdA !

Showing posts with label wanita yang hampir sempurna. Show all posts
Showing posts with label wanita yang hampir sempurna. Show all posts

November 8, 2011

bersyukurlah sebab kita ni WANITA


Kaum feminis kata susah jadi wanita, lihat saja peraturan dibawah ini:

Wanita auratnya lebih susah dijaga (lebih banyak) dibanding lelaki.
Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Wanita saksinya (apabila menjadi saksi) kurang berbanding lelaki.
Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki.
Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wanita wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dlm beribadat kerana adanya masalah haid & nifas yg x ada pada lelaki.

***********************************************************
Itu sebabnya mereka tidak henti-hentinya berpromosi untuk "MEMERDEKAKAN WANITA".
************************************************************

Pernahkah Kita lihat sebaliknya (kenyataannya) ?

Benda yang Mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar terserak bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
***********************************************************
Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada ayahnya?
************************************************************
Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki, tetapi tahukah harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, sementara apabila lelaki menerima warisan, dia perlu/wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anak.
************************************************************
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,tetapi tahukah bahawa setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan tahukah jika ia meninggal dunia kerana melahirkan adalah syahid dan surga menantinya.
************************************************************
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggung- jawabkan terhadap 4 perkara: wanita, iaitu: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Ertinya, bagi seorang wanita tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki,iaitu : suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
************************************************************
Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu surga yang mana saja yang disukainya, cukup dengan 4 syarat saja, iaitu: solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.
************************************************************
Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara bagi wanita jika taat akan suaminya, serta menunaikan tanggung-jawabnya kepada ALLAH, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
************************************************************
Masya ALLAH ! Demikian sayangnya ALLAH pada wanita
************************************************************
Berbahagialah wahai para muslimah..Tunaikan dan tegakkan kewajiban agamamu, nescaya syurga menantimu....

May 24, 2011

peRsoNaLiTi Wanita yaNg DisaYangi Allah & Rasul...PART 1


Islam telah memuliakan darjat wanita dengan cara mengawal dan menjaga maruah serta akhlak mereka,meringankan beban tugas, dan sebagainya. Sementara kedudukan di akhirat,mereka diberi kemudahan oleh Allah SWT untuk masuk syurga hanya dengan melakukan solat lima waktu,puasa di bulan Ramadhan,taat suami dan menjaga maruah,Allah emnjamin mereka dengan balasan syurga.

Hikmah Wanita Dikurangkan Akal Dan Dilebihkan Nafsu

Wanita tidak hanya lemah dari fizikal,tapi umunya lemah juga dari segi akal.

Dalam keterangan hadis,Rasul SAW menyebur bahawa,
"wanita mempunhyai kelebihan nafsu 90% dan akal cuma 10%.Semetara lelaki mempunyai kelebihan akal 90% dan nafsu cuma 10%."

Oleh kerana wanita lebih nafsu dari akal, maka wajarlah mereka memerlukan pimpinan golongan yang lebih akal(lelaki) yang mampu menunduk dan memimpin nafsu mereka.Barulah mereka menjadi seorang yang cantik akhlaknya, sensitif dengan Allah SWT  sekaligus menjadi penyeri dunia.


mari mengenal tahap iman kita...

      PERSONALITI WANITA

 1- Mengenal tahap keimanan

iman sesama  manusia tidak sama.Mengikut pengajian ilmu tauhid,para ulama telah membahagikan iman itu kepada LIMA peringkat;

   (i)  Iman TaQliq   

iman taqliq ialah iman orang jahil yang cuma mengikut sahaja.Kedudukan iman tersebut ialah seperti berikut :

  *Pegangan Islamnya tidak kuat,prinsip Islam nya tidak kukuh.Dia tidak ada alasan yang kuat mengapa dia beriman.Kalau ditanya, "apa bukti wujudnya Allah SWT?" Dia hanya mampu menjawab, "Saya dengar orang kata ada,Saya pun kata ada lah!"

  *Sandaran keyakinannya pada orang,dia tidak ada dalil a'qli dan NaQli untuk membuktikan keyakinannya pada rukun Iman

  *Majoriti umat Islam pada hari ini adalah orang yang mempunyai Iman TaQliq.Terutamanya mereka yang beragama Islam kerana secara kebetulannya dilahirkan dari ibu bapa yang Islam,Keyakinan mereka kepada Allah hanya kerana kebiasaan dan diperdengarkan sejak lahir.

  *Ia lebih tahu tentang anatomi seekor kuman yang amat seni,daripada mengetahui tentang Allah SWT.Mereka lebih mahir tentang bentuk bumi yang sulit dan rumit daripada Suasana Qiamat yang dasyat.

 *Mereka tidak ada pendirian,hanya mengikut rentak.Kalau musim hiburan,mereka berhibur.Kalau musim berdakwah,maka mereka akan turut berdakwah.

     (ii)  Iman Ilmu   

Iman Ilmu ialah iman yang berdasarkan ilmu pengetahuan sahaja.Kedudukan iman tersebut ialah seperti berikut :

  *mempelajari dan memahami 20 sifat yang wajib dan 20 sifat mustahil bagi Allah dan 1 sifat harus bagi Allah dengan dalil2 naqli dan aqli secara ijmali (ringkas)

  *Mempelajari dan memahami 4 sifat wajib dan 4 sifat mustahil bagi Rasul serta satu sifat yang harus bagi rasul dengan dalil aqli dan naqli hanya secara ijmali

  #SiFat - siFat  orang  Beriman  Ilmu#

^  iman serta keyakinannya telah dianggap mempunyai asa dan bertunjang tetapi baru pada akalnya,belum pada hatinya
^ Iqtiqadnya telah disertai dengan dalil dalil yang kuat serta pegangan berdasarkan hujjah ilmu sudah kukuh
^ Mereka benar benar berada dalam fikiran yang mantap dan unggul,tidak mudah goyah dengan ideologi luar Islam
^ Mereke belum lagi takut kepada Allah dan mudah berbuat derhala kepada Allah
^ Mereka hanya mampu memperkatakan Islam secara ilmiah dan terperinci sekali,tetapi tidak mampu berbuat atau mengamalkannya.Mereka tidak takut  dengan ayat Allah 

~iman ilmu belum lagi dapat menyelamatkan seseorang itu daripada neraka Allah,kerana imannya baru bertapak di akal,belum menjunam ke dalam hati~


   (iii)  Iman A'yyan    

Kedudukan Iman ini lebih tinggi sedikit daripada iman ilmu.Seseorang yang beriman ilmu yang ingin meningkatkan iannya kepada iman Ayyan ini perlulah melakukan latihan melawan nafsu (MUJAHADATUNNAF) yang bersungguh-sungguh.

Untuk mencapai maqam golongan ini,Imam Ghazali mensyaratkan

Untuk menjadi orang soleh (beriman Ayyan),sekurang kurangnya 18 jam sehari,berada dalam beribadah kepada Allah SWT dan 6 Jam lagi berada atau hanya melakukan perkara perkara harus.Ibadaha yang dimaksudkan ialah meliputi semua urusan Hablum Minallah,Hablum Minannas.(Hubungan dengan Allah & Manusia)

  #SiFat - siFat  orang  Beriman  A'yyan#

^ Imannya telah bertampat di hati,bukanlagi di akal
^ Hatinya sentiasa sensitif dengan Allah.Setiap perkara yang dilakukan,dilihat dan diingati hatinya sentiasa mempunyai hubungan dengan Allah. [-surah Ali Imran: 191-] click untuk rujukan
^ Setiap ibadah yang dilakukan\dalam keadaan khusyuk dan ikhlas serta meresap ke dalam hati
^ Sentiasa merasa kebesaran Allah di mana sahaja dia berada,sebagaiman Allah berfirman dalam Surah ALHujrat : 15 click untuk rujukan
^Hati sensitif dengan Allah SWT.Bila disebut nama Allah,maka gementar hatinya.Sepertimana digambarkan oleh Allah SWT dalam [ Surah Al Anfal : 2 ] click untuk rujukan
^Semua perintah Nya kecil atau besar,sunnat atau wajib semuanya dilakukannya.
^Terlalu sensitif dengan dosa
^Sangat berakhlak dengan Allah dan manusia.
^Sabar ketika berhadapan dengan ujianNya
^Sentiasa mendapat bantuan daripada Allah dalam pelbagai bentuk sehinnga hatinya tetap yakin dengan Qadha dan QadarNya
^Tidak lama dihisab di akhirat dan mudah masuk ke syurga.Kerana dosa nya dengan manusia di dunia segera diselesaikan.Sementara dosanya dengan Allah segera dia bertaubat

   (iv)  Iman Haq   

Iman Haq ialah iman yang sebenar,yang dicapai sesudah seseorang itu mencapai iman A'yyan.Seseorang yang mencapai iman ini,mata hatinya sentiasa melihat Allah,ertinya setiap kali dia melihat kejadian Allah,pasti hati dan fikirannya tertumpu kepada Allah.Lalu dia membesar dan mengagungkan Allah.


  #SiFat - siFat  orang  Beriman  HaQ#

^Ingatannya terhadap Allah bukan dibuat buat tetapi dalam hatinya sendiri.Hatinya tidak lekang dari mengingati Allah
^hatinya tidak terpaut dengan dunia dan tidak dapat dialalaikan oleh nafsu dan syaitan
^Mereka digelar sebagai golongan muqarrabin oleh Allah(orang orang yang hampir denganNya)
^Mereka lah golongan yang dikenali sebgaai wali Allah kerana memiliki sifat sifat yang istimewa sebagaiman dalam [ Surah Yunus : 62 ] click untuk rujukan
^Hatinya sentiasa dihiasi dengan sifat mahmudah seperti zuhud,ikhlas,tawadduk dan lain lain
^Kebahagiaan hati mereka lebih utama daripada wang ringgit.Apabila mendapat nikmat disyukur dan merasa bimbang dengan hissab Allah SWT di akhirat kelak.Bila nikmat hilang darinya,tidak pernah pula merasa gundah.Mereka mendapat Al Jannatul 'Ajilah atau Syurga disegerakan
^Mereka cinta akan akhirat sepertimana orang lain cinta akan dunia.Mereka inilah yang layak Allah serahkan dunia ini untuk ditadbir. Rujuk Surah Al Ambiya' :105

   (v)  Iman Hakikat   

Iman Hakikat ialah iamn yang tertinggi dan paling sempurna.Inilah tarf iman milik para rasul,Khulafa' Ar Rasyidin dan wali wali besar,yakni para kekaSih Allah.Ibadah mereka hebat,solat sunnat paling kurang 300 rakaat sehari semalam.Budi dan akhlaknya adalah terbaik dan termulia.Allah turunkan barkah di mana sahaja keberadaan mereka.

Setelah mengenali tahap Iman kita,Maka hendaklah kita mempertingkatkannya sehingga mencapai tingkat iman yang tertinggi yang dijamin selamat sejahtera menuju Allah.Lebih lebih lagi untuk pulang menemui Allah SWT.

jadi,kenalpasti tahap iman kamu dan usahalah untuk tingkatkannya


mari bincang tahap nafsu manusia(terutamanya wanita) dalam post akan datang..




January 27, 2011

UnTuk waNit@

6 Pesanan Untuk Kaum Wanita yang perlu diamalkan untuk berjaya di dunia dan akhirat


1. Solat di awal waktu. 

Sangat penting untuk wanita menyusun jadual kerjanya agar tidak mengabaikan solat. Ini kerana wanita dibimbangi akan datang kepadanya 3 perkara iaitu pertama kedatangan haid. Yang kedua kedatangan tetamu, dan yang ketiga ialah kedatangan maut. Solat merupakan ibadah pertama yang akan disoal di akhirat kelak dan barang siapa yang melengah-lengahkan solat adalah berdosa. Selain itu wanita juga perlu menggalakkan suami dan mahram lelaki supaya solat di  mana tempat azan diazankan.

2. Istiqamah Ta'lim di rumah.

Untuk mewujudkan suasana madrasah di rumah kita, wanita perlulah membaca ta'lim di rumah dengan istiqamah (berterusan) masa dan ketikanya. Eloklah dibaca bersama anak-anak jika suami tiada di rumah. Disarankan 20 minit membaca kitab dan 10 minit muzakarah. Ta'lim adalah penting supaya kita saling memperingati dan mengajarkan anak dengan hadis-hadis dan kisah-kisah para sahabat untuk dijadikan tauladan dalam hidup.

3. Istiqamah membaca al-Quran dan zikir

Zikir adalah mengingati Allah setiap masa dan keadaan. Barangsiapa yang selalu berzikir, hidup di sisi Allah, dan barangsiapa yang tidak berzikir, mati di sisi Allah. Untuk istiqamah membaca zikir disarankan untuk kita membaca 300 zikir pagi dan 300 petang. Sebagai tanda kita sayangkan Allah, zikirlah dengan membaca "Subhanallah walhamdulillah walaailaahaillallah allahu akbar" sebanyak 100 kali. Tanda kita sayangkan Rasulullah saw, kita bacalah selawat ke atas nabi sebanyak 100 kali. dan tanda kita sayang kepada diri sendiri, kita beristighfar sebanyak 100 kali. Boleh juga kita amalkan zikir tambahan seperti doa Nabi Yunus.."Laailaha illa anta..subhanakainni kuntu minazhaalimin". Selain itu kita banyakka membaca doa-doa maznun..atau doa harian yang Nabi saw ajarkan kepada kita. al-Quran pula akan menuntut haknya jika kita tidak membaca al-Quran di mana hak al-Quran perlu dikhatam 2 kali setahun. Sesungguhnya Allah memberikan pahala yg banyak kepada sesiapa yg membaca al-Quran. 1 huruf diberi ganjaran 10 pahala. al-Quran juga akan menjadi penyuluh di dalam kubur yg gelap gelita.

4. Mendidik anak mengikut sunnah.

Anak yang Allah SWT kurniakan kepada kita adalah amanah yg perlu dijaga dengan sebaiknya. Allah telah mengutuskan baginda Rasulullah saw sebagai contoh tauladan yg baik untuk kita ikuti. Amalan sunnah dlm mendidik anak boleh dimulakan sejak anak berada di alam rahim lagi. Di mana si ibu perlulah banyak membaca al-Quran terutamanya surah Yusuf, Maryam, Luqman dan at- Taubah. Ibu juga perlu menjaga percakapan dan tingkah laku agar segala amalan yg baik yg dilakukan oleh si ibu akan dapat diikuti oleh anaknya.

Setelah lahir, bayi diazankan di telinga kanan agar kalimah yg pertama di dengar adalah kalimah membesarkan Allah. Setelah itu diamalkan perkara yg disunatkan seperti bercukur rambut, aqiqah, dan memberi nama yg baik. Setelah anak membesar, ajarlah dia mengenal Allah dan mentaati perintah Nya serta menjauhi larangan Nya. Setelah anak meningkat dewasa, didiklah anak dengan bijaksana, tidak berkasar dan maki hamun. Dan jadikan dia seperti rakan kita. Ibu perlu rapat dengan anak agar mereka tidak segan untuk menceritakan segala masalah kepada kita. Bila ibu bapa prihatin dengan anak-anak, tidaklah mereka mencari kawan-kawan yg tidak elok di luar sana.

5. Hidup sederhana.

Dalam amalan Islam, yang paling baik itu adalah yg pertengahan. Jadi kita pilihlah untuk hidup bersederhana walaupun kita mampu memiliki kemewahan dunia. Elakkan membazir. Contohnya seperti memasak lauk pauk yg berlebihan, membeli pakaian yg banyak sehingga tak terpakai, membeli perabot yg mahal dan sebagainya. Jika kita hidup mewah, akan mudah timbul rasa riak, dan sombong. Sebaliknya kehidupan sederhana akan banyak mengajar kita bersyukur dengan apa yg Allah berikan kepada kita berbanding dengan org lain yg lebih susah dan menderita daripada kita seperti di negara-negara luar yg lebih miskin dan kemunduran.

6. Menggalakkan suami dan mahram keluar ke jalan Allah.

Dakwah adalah mengajak kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. Sebagaimana sabdaan Nabi saw, "sampaikanlah walau hanya dengan sepotong ayat". Dengan dakwah kita menyampaikan apa yg perlu dipatuhi dalam ajaran Islam dan apa yg perlu dijauhkan untuk mendapat keredhaan Allah dan selamat di dunia serta di akhirat. Untuk tujuan itu kaum lelaki digalakkan keluar setiap bulan 3 hari, setiap 3 bulan 10 hari, setiap tahun 40 hari, dan seumur hidup, 4 bulan. Bagi mereka yg keluar di jalan Allah, debu-debu yg melekat pada org yg keluar di jalan Allah, tidak akan disambar api neraka hatta asapnya sekalipun.
-QiS-

January 25, 2011

Penyakit Khas Perempuan

Wanita, baik kerana pengaruh hormon mahupun persekitaran, mudah diserang pelbagai jenis penyakit. Dengan mengetahui jenis dan gejala penyakit yang sering menyerang anda, akan memudahkan anda untuk mencegahnya.


- Alahan Kosmetik
Semua kosmetik mengandungi alergen potensial, misalnya lanolin, pewangi dan pengawet. Alahan kosmetik biasanya menyebabkan ruam pada wajah. Daerah yang paling peka (di sekitar mata) adalah yang paling parah kesannya, misalnya menjadi bengkak dan gatal).

Cara mengatasinya:

*Singkirkan dahulu semua kosmetik.
*Selanjutnya, periksa dengan cermat kosmetik yang akan digunakan. Pilihlah yang tidak mengandungi lanolin.


- Alahan Logam  
Alahan ini dapat ditimbulkan daripada perhiasan imitasi, misalnya perak dan emas campuran, serta emas sempuh. Ramai di kalangan wanita yang mengalami ekzema (gatal-gatal, lelehan, ruam) pada telinga kerana memakai anting-anting seperti ini.

Cara mengatasinya:

*Ganti perhiasan imitasi dengan perhiasan perak murni atau emas murni.
*Pilih juga pakaian yang kancing/pengaitnya yang dibuat daripada plastik.


- Anoreksia Nervosa
Wanita sangat memperhatikan tubuhnya dan percaya bahawa tubuh yang kurus, langsing, dan ramping itu indah. Gejalanya adalah berasa gemuk meski berat badan di bawah ukuran normal, hilang nafsu makan, kelelahan, lemah, makan dengan rakus untuk kemudian dimuntahkan kembali. Gejala-gejala seperti ini sama dengan Bulimia.

Cara mengatasinya:

*Kunjungi doktor/pakar jiwa/pakar kaunseling jika terdapat tanda-tanda demikian.



- Batu Empedu
Batu empedu adalah endapan kolesterol (yang terdapat di dalam cairan empedu) di dalam kantung empedu. Ini adalah akibat empedu tidak dikeluarkan semua dari kantungnya. Jika makin besar, batu-batu ini tidak dapat keluar melalui saluran empedu dan menekan kantung empedu, sehingga menimbulkan nyeri.

Cara mengatasinya:

*Mintalah doktor ubat penghancur batu empedu.* Agar tidak timbul endapan lagi, cubalah menenangkan batin dan fikiran. Ianya boleh dilakukan dengan cara merehatkan diri, meditasi atau terapi spiritual lainnya.
* Perbanyakkanlah pengambilan makanan yang mengandungi vitamin B.

- Campak Jerman (Rubella)
Anda perlu berhati-hati dengan penyakit ini jika sedang hamil. Gejalanya timbul dua hingga tiga minggu seperti sedikit demam, pembengkakan kelenjar diikuti sedikit merah, dan gatal selama 1 atau 2 hari.

Cara mengatasinya:

*Sebaiknya anda sudah mendapat vaksin rubella sebelum hamil, atau segera melakukan vaksinasi setelah melahirkan untuk menghindari kemungkinan jangkitan pada kehamilan selanjutnya.
* Jika terkena, konsultasi dengan pihak doktor supaya tidak menimbulkan sebarang risiko pada janin.

- Depresi/Tekanan/Emosional
Golongan wanita sering kali dianggap emosional, memiliki reaksi berlebihan terhadap sesuatu hal, yang menyebabkannya mudah mengalami stres. Stres yang serius boleh berubah menjadi depresi. Gejalanya adalah seperti mudah tersinggung/marah, bertindak agresif, merasa lelah, sukar konsentrasi, otot-otot tegang, sakit kepala dan perut.

Cara mengatasinya:

*Memerlukan bantuan pasangan, keluarga, atau teman.
*Belajar untuk menerima seadanya keadaan yang dihadapi dan mencintai diri sendiri.
*Rencanakan waktu untuk beristirehat.
-QiS-

November 21, 2010

Kepada setiap muslimah yang rela Allah swt sebagai Rabbnya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad sebagai Rasulnya.

Kepada setiap pendidik yang berjihad di jalan Allah dengan untaian kalimahnya, menjaga norma-normanya dan menyucikan jiwanya.

Kepada wanita yang bimbang dan bersedih, berbahagialah dengan dekatnya kemudahan, datangnya pertolongan Allah swt serta janji pahala yang besar dan terhapus segala dosa.

Tidak ada kecantikan bagi seorang wanita, tiada pula keindahan, harga diri dan kedudukan kecuali beriman kepada Allah swt. Apabila dirinya tegak di atas jalan ini, maka dia lah wanita yang mendapat petunjuk, diterima amalnya dan menjadi wanita pilihan disisi Rabb-Nya.

Namun, jika dia melepaskan jalan kebenaran tersebut, kafir terhadap Tuhannya, mengingkari agamanya dan melepaskan tuntutan-Nya, maka dia lah cermin kepada wanita yang murahan, hina dan terbuang.

Pada saat itulah sinar kecantikan seorang wanita mula menghilang, walau berkalung gugusan bintang di langit, meskipun bermahkota bintang gemini dan matahari terbit di keningnya.

Wahai wanita muslimah yang jujur, wahai wanita mu'minah yang selalu kembali kepada Allah.

Jadikanlah dirimu itu seperti sepohon kurma. Jauh dari keburukan, menjulang tinggi menghindar dari sifat mengangau. Dilempar dengan batu dia menjatuhkan buahnya, tetap hijau pada musim panas mahupun dingin dan memberikan manfaat kepada sekalian manusia.

Jadilah engkau orang yang menjauhi perkara-perkara yang rendah, keperibadianmu terjaga dari segala pola hidup yang menipu rasa malu. Ucapanmu adalah zikir, pandanganmu melahirkan ibrah (pengajaran), diammu adalah berfikir.

Saat itulah engkau mendapatkan ketenangan dan akan diterima oleh penduduk bumi. Tercurah segala pujian yang baik-baik, doa yang jujur dari semua makhluk, dan Allah swt akan menjauhkanmu dari awan kesempitan, bayang-bayang ketakutan, dan gumpalan kekeruhan.

Tidurlah berbantalkan curahan doa orang-orang mu'min, lalu bangunlah untuk meraih pujian yang ditujukan kepadamu. Saat itulah engkau mula menyedari bahawa kebahagiaan bukan terdapat pada simpanan harta, kad kredit dan kereta, rumah yang bagaikan istana, mahupun pada kasih nya seorang manusia, namun pada ketaatan terhadap Zat Yang Maha Terpuji. Kedamaian hidup bukan pada hiasan keduniaan, bukan pula mengabdi kepada hamba, namun kepada kepatuhan terhadap Zat Yang Maha Mulia.

Pesanku, jadilah seorang wanita yang bermaruah, yang punya kedudukan tinggi di sisi Tuhannya. Di mana namanya sentiasa disebut-sebut dalam kalangan para malaikat, dan yang berjaya memperoleh cinta yang Teragung, iaitu cintanya Ya Rabb lantas menjadi wanita yang paling bahagia di dunia.

November 4, 2010

PaNdUaN MeMiLiH IsTeRi

"Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah,
bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah 
dan membenci kerana Allah." 
Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a

Mengapakah teruna memilih gadis jelita? Kata orang, gadis seperti ini menyejukkan serta menggembirakan hati. Betulkah begitu?

Gadis itu pada asasnya bererti wanita yang belum bernikah.

Walaupun begitu, perkataan 'gadis' juga digunakan bagi menggambarkan kesucian seseorang wanita.

Wanita yang sudah ternoda sebelum berkahwin digelar 'sudah tiada gadis' atau 'sudah tiada dara'.

Umumnya, pengertian pertama iaitu wanita yang belum bernikah digunakan secara formal sedangkan yang kedua itu adalah gelaran yang diberikan secara berbisik-bisik.

Alam gadis merupakan alam yang paling manis bagi seseorang wanita.

Semasa inilah seseorang wanita itu akan mencapai tahap mekarnya dan keayuannya. Pada masa inilah wanita itu mula dipanggil 'bergetah' jika kita hendak meminjam bidalan Soekarno.

Bila dipandang, banyak hati lelaki akan tergoda.

Ada gadis yang 'boleh tahan' dan ada gadis yang 'tak boleh tahan'. Gadis yang 'boleh tahan' biasanya dianggap manis tapi tidaklah jelita.

Yang 'tak boleh tahan' pula adalah gadis yang sungguh cantik menawan. Ramai lelaki yang tergoda kepada gadis 'tak boleh tahan' ini apatah lagi jika gadis itu sendiri pandai pula menggoda dan mempermainkan perasaan lelaki.

Tidak dapat dinafikan bahawa lelaki teruna sememangnya tertarik pada rupa dan bentuk fizikal gadis.

Itulah yang menjadi asas mengapa mereka lebih memberi perhatian.

Ada orang berpendapat bahawa gadis yang cantik lebih beruntung kerana lelaki melayaninya dengan lebih baik, mesra dan lemah-lembut.

"Janganlah sekali-kali seorang lelaki berduaan saja dengan seorang wanita, melainkan dengan didampingi seorang muhrim." (Hadis riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas r.a.)

Biasanya teruna akan terpikat dan terpesona dengan kecantikan si gadis dahulu, kemudian barulah si teruna menyelidiki perangai si gadis.

Ini menyebabkan ramai lelaki terperangkap, menyesal atau menderita, terutamanya bila sudah terlanjur dan tidak boleh berundur lagi sedangkan baru tahu bahawa si gadis itu teruk perangainya atau sudah ternoda.

Walaupun 'mata yang belum berisi pengalaman' itu tertarik pada rupa yang cantik, sebenarnya jodoh bagi hati adalah hati juga, bukannya rupa.

Maksudnya pada akhirnya gadis yang hatinya paling suci sesuci hatinyalah yang dipilih oleh teruna untuk dikahwini.

Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi isteri anda:

Elakkan Dari Berkawan Dengannya

Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya 'baik, sopan dan elok' apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa:

'Yang bercahaya tidak semestinya emas' dan 'yang cantik tidaklah semestinya permata'. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya.

Lakukan Risikan Secara Rahsia

Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis.

Risikan rahsia ini adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri.

Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas.

Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya.

Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.

Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil 'merisik' ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan 'menyelidik' dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkah lakunya di depan mata.

Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga

Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi.

Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi 'wanita' dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti.

Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.

Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua

Selidiklah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua.

Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibu bapa anda.

Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.

Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan

Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu ibu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga.

Bagi gadis yang mudah 'lupa' masa inilah mereka akan jadi rosak.

Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki.

lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.

Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki

Pada zaman dahulu, ada ibu bapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah.

Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas.

Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang.

Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.

Cari Yang Didikan Agamanya Cukup

Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam.

Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu.

Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya.

Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.

Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama

Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama.

Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama.

Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu.

Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang 'tak boleh tahan'.

Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula! 

mutiara kata dari tokoh Islam

ini pun best jugak :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...