balQis Bintulu

My photo
-tempat yang paling tinggi di dunia-, Selangor, Malaysia

sEt dALaM miNdA !

February 7, 2011

s0mb0nG???

mari kita memeriksa diri, apakah kita sudah dijangkiti virus sombong ini atau tanpa diketahui kita adalah salah seorang penghidap serius penyakit itu selama berpuluh tahun.

Iman Al-Ghazali menyimpulkan ada tujuh cara untuk mengenali seseorang yang sedang dan sudah menghidap penyakit hati yang merbahaya ini :

Pertama, kelebihan seseorang kerana pengetahuan ilmunya, baik ilmu dunia atau ilmu akhirat. Apabila ilmu sudah penuh di dada dia menganggap semua orang lain jahil belaka, semua orang buta dan jika ada pandangan yang bernas tetapi tidak diterimanya.Orang sombong seumpama ini, menghendaki dirinya selalu dihormati oleh orang lain terutama ketika di khalayak ramai, oleh anak muridnya dan orang bawahannya serta sentiasa meminta diberi layanan mulia.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tidak akan masuk neraka, orang yang di dalam hatinya ada seberat sebiji sawi darinya iman, dan tidak akan masuk syurga yang di dalam hatinya ada seberat biji sawi darinya sombong.” (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)

Keduanya kerana kelebihan beribadat seseorang. Penyakit orang ahli abid yang merasa diri mereka terlalu banyak beribadat berbanding dengan orang lain sehingga menganggap orang lain tidak mampu beribadat seperti mereka.Sedangkan mereka terpedaya dengan tipu daya syaitan. Rasulullah SAW mengingatkan melalui sabda Baginda yang bermaksud:
“Bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas suatu amal salih, bererti sudah tersesat daripada mensyukurinya, dan gugurlah segala amal perbuatannya.”

Jika kita bersifat seperti ini, menghina orang yang tidak bersembahyang atau apabila orang mengerjakan maksiat, lantas menggelengkan kepala dan terdetik di dalam hati, “Apa nak jadi dengan kamu semua. Mengapa tidak alim dan warak seperti aku,” maka kita adalah dalam kategori orang yang berpenyakit sombong. Oleh itu, bersegeralah bertaubat atas kejelekan akhlak.

Perkara ketiga yang membuatkan kita sombong ialah kerana ego memperkasakan keturunan, bangga kita berketurunan mulia lagi bangsawan, suka menyebut nama datuk nenek moyang kita yang dulunya dikatakan keramat atau hebat.Sifat sombong seperti ini tidak ubah seperti kaum Bani Israel yang dilaknat Tuhan, seperti termaktub dalam al-Quran. Mereka bangga dengan keturunan mereka yang banyak menjadi nabi ikutan, konon keturunan mulia dikasihi tuhan.

Mereka rakus melakukan apa saja termasuk membunuh golongan lemah kerana keegoan menganggap orang lain tidak semulia mereka. Seandainya kita zalim, bangga dengan status keturunan, maka kesombongan itu sama dengan kesombongan kaum Bani Israel yang dilaknat tuhan.

Perkara keempat menjadikan kita beroleh sombong ialah kerana berasa diri cantik dan sempurna malah memandang orang lain dengan hina, seperti merendah-rendah ciptaan Allah hingga sanggup menyindir atau memberi gelaran tidak baik seperti pendek, berkulit hitam atau gemuk.Sifat sombong kelima berpunca daripada kelebihan harta diberi Allah membuat kita lupa daratan, berbangga dengan kekayaan yang ada, rumah besar, kereta mewah hingga memandang rendah orang yang kurang berada.Keenam, sombong kerana kekuatan dan kegagahan diri. Semua orang akan dibuli kerana kuatnya badan kita tidak terperi, hingga boleh memakan kaca seperti mengunyah. Boleh menarik bas dan lori hanya dengan gigi. Boleh dihempap badan dengan batu dan besi.

Akhirnya yang ketujuh kata Imam Ghazali, ialah sombong dan berbangga kerana ramainya pengikut setia di belakang diri, sepertinya orang alim berbangga dengan ramainya murid yang memuji. Guru silat pula berbangga dengan ramainya murid yang tidak lut ditetak dan dijilat api.

Justeru,kita hendaklah memeriksa diri sama ada tujuh perkara yang membawa kepada penyakit sombong ada pada kita atau tidak. Penawarnya ada di tangan sendiri kerana penyakit sombong hanya akan memakan diri.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
“Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah.” (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah)

-QiS-

Bukalah Matamu - Maher Zain's Open Your Eyes -Malay version cover



terpaku seketika....

Maher Zain - Insya'Allah (Malay Version)



Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya
Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya
Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar...

Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya
Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya

Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya
Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya

Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya
Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya

~ thz abdul qayYum ~

February 2, 2011

l0ve QuoTe$

"Love is friendship set on fire."-Jeremy TayloR
They say it takes a minutes to find a special person
an hour to appreciate them ,
a day to love them ,
but an entire lifetime to forget them
"I Love you with the breath, the smiles and the tears of all my life."

“For it was not into my ear you whispered, but into my heart. It was not my lips you kissed, but my soul.”

"This day I will marry my friend, the one I laugh with, live for, dream with, love"

 "And if it all falls apart, I will know deep in my heart, the only dream that mattered had come true. In this life, I was loved by you."- Colin Raye

"831 means I Love You8 letters3 words1 meaning." <-- balQis un ta phm!


"If I could reach up and hold a star for every time you made me smile, I would have the whole night sky in the palm of my hand."

-QiS-

January 31, 2011

piNta BalQiS...

Tak Perlu Mencari Teman Secantik BalQis,
andai Diri Tak Sehebat SulaiMan...

Mengapa Harap Teman Setampan Yusof,
Jika Kasih Tak setulus Zulaikha...

Tak Perlu Mengharapkan Teman Seteguh IbrahIm,
Andai Diri Tak Sekuat Siti Hajar...

Dan

Mengapa Didambakan Teman Hidup Yang Sesempurna Muhammad
Jika Ada Keburukan Pada Diri

psS$stTtt: haHak! ad org prasaN la pulak ble ad pkataan 'balqis' kat atas niyh,,,i wonder who is that...haha~~

January 27, 2011

piNta BalQiS...

"Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku, dosa-dosa kedua ibubapaku, dosa guru-guruku, dan dosa sahabat-sahabatku. Selamatkanlah kami daripada azab kubur dan nerakaMu. Ya, Allah, Kau pimpinlah hatiku ini dalam mencari rahmat dan redhaMu. Bantulah aku dalam membuat keputusan yang bakal merubah masa depanku. Ya Rahman, andai benar dia milikku, namanya yang tercatat di Luh Mahfuz menjadi pasanganku, dirinya yang telah Kau suratkan menjadi pembimbingku, maka Kau bukalah pintu hatiku untuk menerimanya. Tenangkan hatiku andai keputusanku ini benar, dan berikan petunjukmu agar aku tidak tersasar dari jalanMu Ya Robb. Namun, andai bukan dia yang sepatutnya aku dampingi, maka jauhikan aku dari dirinya, kuatkan hatiku untuk menerima ketentuanMu. Kerana aku yakin, Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu yang hina ini. Amiinn."

-QiS-

UnTuk waNit@

6 Pesanan Untuk Kaum Wanita yang perlu diamalkan untuk berjaya di dunia dan akhirat


1. Solat di awal waktu. 

Sangat penting untuk wanita menyusun jadual kerjanya agar tidak mengabaikan solat. Ini kerana wanita dibimbangi akan datang kepadanya 3 perkara iaitu pertama kedatangan haid. Yang kedua kedatangan tetamu, dan yang ketiga ialah kedatangan maut. Solat merupakan ibadah pertama yang akan disoal di akhirat kelak dan barang siapa yang melengah-lengahkan solat adalah berdosa. Selain itu wanita juga perlu menggalakkan suami dan mahram lelaki supaya solat di  mana tempat azan diazankan.

2. Istiqamah Ta'lim di rumah.

Untuk mewujudkan suasana madrasah di rumah kita, wanita perlulah membaca ta'lim di rumah dengan istiqamah (berterusan) masa dan ketikanya. Eloklah dibaca bersama anak-anak jika suami tiada di rumah. Disarankan 20 minit membaca kitab dan 10 minit muzakarah. Ta'lim adalah penting supaya kita saling memperingati dan mengajarkan anak dengan hadis-hadis dan kisah-kisah para sahabat untuk dijadikan tauladan dalam hidup.

3. Istiqamah membaca al-Quran dan zikir

Zikir adalah mengingati Allah setiap masa dan keadaan. Barangsiapa yang selalu berzikir, hidup di sisi Allah, dan barangsiapa yang tidak berzikir, mati di sisi Allah. Untuk istiqamah membaca zikir disarankan untuk kita membaca 300 zikir pagi dan 300 petang. Sebagai tanda kita sayangkan Allah, zikirlah dengan membaca "Subhanallah walhamdulillah walaailaahaillallah allahu akbar" sebanyak 100 kali. Tanda kita sayangkan Rasulullah saw, kita bacalah selawat ke atas nabi sebanyak 100 kali. dan tanda kita sayang kepada diri sendiri, kita beristighfar sebanyak 100 kali. Boleh juga kita amalkan zikir tambahan seperti doa Nabi Yunus.."Laailaha illa anta..subhanakainni kuntu minazhaalimin". Selain itu kita banyakka membaca doa-doa maznun..atau doa harian yang Nabi saw ajarkan kepada kita. al-Quran pula akan menuntut haknya jika kita tidak membaca al-Quran di mana hak al-Quran perlu dikhatam 2 kali setahun. Sesungguhnya Allah memberikan pahala yg banyak kepada sesiapa yg membaca al-Quran. 1 huruf diberi ganjaran 10 pahala. al-Quran juga akan menjadi penyuluh di dalam kubur yg gelap gelita.

4. Mendidik anak mengikut sunnah.

Anak yang Allah SWT kurniakan kepada kita adalah amanah yg perlu dijaga dengan sebaiknya. Allah telah mengutuskan baginda Rasulullah saw sebagai contoh tauladan yg baik untuk kita ikuti. Amalan sunnah dlm mendidik anak boleh dimulakan sejak anak berada di alam rahim lagi. Di mana si ibu perlulah banyak membaca al-Quran terutamanya surah Yusuf, Maryam, Luqman dan at- Taubah. Ibu juga perlu menjaga percakapan dan tingkah laku agar segala amalan yg baik yg dilakukan oleh si ibu akan dapat diikuti oleh anaknya.

Setelah lahir, bayi diazankan di telinga kanan agar kalimah yg pertama di dengar adalah kalimah membesarkan Allah. Setelah itu diamalkan perkara yg disunatkan seperti bercukur rambut, aqiqah, dan memberi nama yg baik. Setelah anak membesar, ajarlah dia mengenal Allah dan mentaati perintah Nya serta menjauhi larangan Nya. Setelah anak meningkat dewasa, didiklah anak dengan bijaksana, tidak berkasar dan maki hamun. Dan jadikan dia seperti rakan kita. Ibu perlu rapat dengan anak agar mereka tidak segan untuk menceritakan segala masalah kepada kita. Bila ibu bapa prihatin dengan anak-anak, tidaklah mereka mencari kawan-kawan yg tidak elok di luar sana.

5. Hidup sederhana.

Dalam amalan Islam, yang paling baik itu adalah yg pertengahan. Jadi kita pilihlah untuk hidup bersederhana walaupun kita mampu memiliki kemewahan dunia. Elakkan membazir. Contohnya seperti memasak lauk pauk yg berlebihan, membeli pakaian yg banyak sehingga tak terpakai, membeli perabot yg mahal dan sebagainya. Jika kita hidup mewah, akan mudah timbul rasa riak, dan sombong. Sebaliknya kehidupan sederhana akan banyak mengajar kita bersyukur dengan apa yg Allah berikan kepada kita berbanding dengan org lain yg lebih susah dan menderita daripada kita seperti di negara-negara luar yg lebih miskin dan kemunduran.

6. Menggalakkan suami dan mahram keluar ke jalan Allah.

Dakwah adalah mengajak kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. Sebagaimana sabdaan Nabi saw, "sampaikanlah walau hanya dengan sepotong ayat". Dengan dakwah kita menyampaikan apa yg perlu dipatuhi dalam ajaran Islam dan apa yg perlu dijauhkan untuk mendapat keredhaan Allah dan selamat di dunia serta di akhirat. Untuk tujuan itu kaum lelaki digalakkan keluar setiap bulan 3 hari, setiap 3 bulan 10 hari, setiap tahun 40 hari, dan seumur hidup, 4 bulan. Bagi mereka yg keluar di jalan Allah, debu-debu yg melekat pada org yg keluar di jalan Allah, tidak akan disambar api neraka hatta asapnya sekalipun.
-QiS-

mutiara kata dari tokoh Islam

ini pun best jugak :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...