balQis Bintulu

My photo
-tempat yang paling tinggi di dunia-, Selangor, Malaysia

sEt dALaM miNdA !

November 7, 2012

Dayuskah aKu?



Tarikh : 7 November 2012
Masa menaip : 9.26pagi


Dayuskah aku? Apa aku nak jawab kalau Allah tanya aku nanti? Apa tanggungjawab aku pada insan bergelar kawan?
Tak tahu nak mula macam mana.
.
.
.
.
.

Bukan nak mengaibkan orang, tapi, ana terfikir,ana ni kawan jenis apa yang sanggup biarkan kawan sendiri  hampiri dosa? Seriously, sebenarnya susah untuk diri ini menegur kawan yang rapat dengan ana.
 Ok. Ini takdak kena mengena langsung dengan kawan baik ana (daus,nana and tOnah tau.) kalau diorang, ana tegur direct je. Sebab ana tau, kitorang takkan toucing lebih2 sebab masing2 tahu, teguran itu bagus untuk memperbaiki diri sendiri.
>Back to the story<

Bukan ana tak nampak apa yang mereka buat. Bukan ana tak tahu mereka berpegang tangan depan ana. Tak tahu kenapa, tak terdaya ana nak halang guna mulut dan tangan (kuasa) ana sebagai kawan. Ana hanya mampu cegah guna hati. Benar lah apa yang rasulullah pernah bersabda.. Sesungguhnya mencegah dengan hati, adalah selemah selemah iman.(sesiapa yang tahu hadith lengkap tentang ini, tinggalkan kat ruangan comment ye, thank you!)
Sebab apa selemah lemah iman?  Sebab kita menghindar dalam senyap, tapi dosa tu tetap berlaku depan mata kita. Mari ambil contoh. 

Ada lima watak, ‘daun’ , ‘ranting’ , ‘rumput’ , ‘jaring’ dan ‘tiang’


Daun dengan rumput dikatakan kapel la konon. Hanyut dalam cinta palsu yang dikgelar pasangan kekasih.(ini bukan cara Islam, ok!) Dalam masa yang sama, daun dengan ranting bersahabat baik. Bila daun dengan rumput keluar , mesti daun ajak ranting keluar sekali.
“supaya tak kekok bila keluar dengan rumput!” katanya bila ranting tanya kenapa daun ajak  ranting bila keluar dengan rumput. Ranting tak selesa sebenarnya. Tapi ikutkan saja sebab taknak hampakan permintaan daun,sebab daun adalah ‘bayang’nya. Pokoknya, di mana ada daun, di situlah ada ranting. Begitulah mereka  sejak awal pertemuan dahulu.

Hari demi hari, bulan demi bulan,  daun , rumput dan ranting bersahabat baik, walaupun pada awalnya ranting tak berapa suka rumput. Sebab rumput terlelu mesra dengan daun, walhal mereka bukan muhrim. Terlebih lebih.Walaupun keluar bertiga, tapi itu tak menghalang rumput dan daun bersentuhan.SECARA SENGAJA. Ranting sedih tengok daun yang berani biarkan rumput pegang tangan daun (daun ada tangan ke?ok. ni contoh saja).
Tipulah kalau ranting tak pernah berdehem, sebagai tanda amaran. Tapi still tak berkesan. Mungkin ranting terlalu pengecut. Ya. Ranting pengecut!

Itu baru satu dilema si ranting.

Dalam masa yang sama, ranting pun bersahabat baik dengan tiang.
(kenapa tiang yang dijadikan contoh  -_- ) ok. Sambung.

Tiang akan ceritakan semua masalah beliau pada ranting. Sampai kan masalah peribadi pun dia cerita pada ranting. Itu membuatkan ranting selesa berkawan dengan tiang. Mungkin sebab rasa terharu bila diri dipercayai untuk menyimpan rahsia peribadi si tiang. Ye. Walaupun tiang tu bukan muhrim si ranting.
 Sampai lah satu saat, ranting baru tahu yang tiang JUGA berpacaran. :( bukan jelous ke apa (takda makna nya aku nak jeles) Tiang ada bagitahu ranting tentang jaring;yakni pacar si tiang. Ranting tak kisah kalau nak cerita, tapi dalam masa yang sama, ranting tanya pada diri ranting, ‘adakah aku nak biarkan DUA orang kawan aku terus hanyut?’ tapi apa yang harus ranting lakukan? Ranting sedih sebab tak dapat nak jalankan tanggungjawab ranting sebagai kawan.

Dayuskah si ranting?

November 3, 2012

Kiriman Salam untuk mu


sampaikanlah salam cintaku padanya
walaupun terluka namun ku merindu
kerna cintaku tiada akhirnya
walaupun engkau telah menghancurkan

sampaikanlah salam cintaku padanya
walaupun sengsara namum ku masih sayang
kerna cintaku mewangi dan harum
walau tercampak di mana jua

andai ku tiada
andai ku pejam mata
biar ku abadi
cinta yang setia ini
biarpun kau jauh
sambutlah salamku
kerana aku masih menyayangi

tidak pernah aku membenci dirimu

Ya Allah, sampai kan lah salam rindu ana padanya . . . .Engkau Maha mengetahui segala-galanya.

November 2, 2012

Time Change Everything.

Ana selalu beranggapan aan adalah kawan baik mereka bertiga. Tapi, bila ana fikir sedalam dalamnya, I  questioned myself.  Is tT. . . ?  is it???? 

entahlah. . . 
kadang kadang, ana tanya diri ana, adakah persahabatan kami ini hanya luaran sahaja? oh, takk.. ana yakin. ada ikatan batin antara kami berempat.
tapi, betulkah?
ana sendiri tidak pasti. 



masa sekolah dulu dulu, ana selalu ada untuk mereka bertiga. ye, selalu ada, walaupun pernah kitorang gaduh besar. =.= memang tak boleh lupa la hari tu.
but now. . . 
masing masing dah melanjutkan pelajaran kat tempat yang berbeza. ana, bintulu, Daus kat Gombak, Nana pulak kat Sri Iskandar, Tonah currently at Guelph,Canada. 

Kadang kadang, ana rasa geram kat diri ana bila ana sedar yang ana tiada di samping mereka bila mereka memerlukan ana. Kalau dulu, timbul je masalah, kitorang akan duduk sama sama, then cerita. lepas tu, sama sama carik jalan penyelesaian. then, everything will be ok. huhaHuHa balik.

but now. . .  
bila masing2 dah terpisah dan jarang berjumpa, masalah yang nak dikongsi pun terasa dah basi.  

bukan apa, ana just rindu kan kita yang dulu. berkepit je mana mana.

i know, time change everything. but i do really hope our love will grow seiring dengan masa.

sebenarnya ana terkilan bila ana takda disamping kalian. sedih. maafkan ana, sahabat.

November 1, 2012

Mimpi

Tarikh Hari Ini : 1 November 2012
Masa menaip : 8.15pm
Tempat : HSH (HoMe sWeeT HoMe)

Assalamualaikum.

Mimpi itu mainan tidur. katanya lah. Semua orang pernah bermimpi kan? Selama ana hidup selama 19 tahun di muka bumi ini, kebanyakan mimpi ana tu merepek belaka. sumpa merepek. =.= ada mimpi yang memalukan, mimpi yang sangat langsung ana tak paham. dlast yang ana mimpi, is mimpi yang betul betul buat ana perasan. serious!


tapi, hari ni, tujuan ana menulis, bukanlah ingin berkongsi tentang mimpi ana. Ana ada baca surat khabar day before yesterday. yakni Selasa 30 Oktober 2012 (Utusan Malaysia.).  sedikit petikan from that newspaper :

Rasulullah SAW bersabda: Mimpi yang baik berasal daripada Allah SWT. Mimpi yang buruk berasal dari syaitan. Maka jika salah seorang dari kamu melihat mimpi yang ia sukai, maka jangan lah diceritakan melainkan kepada orang yang dicintai nya (otrang yang dia percayai) Dan jika ia melihat perkara yang dibenci dalam mimpinya, maka meludahlah  tiga kali ke sebelah kiri, dan berlindunglah kepada Allah daripada kejahatan syaitan. dan jangan ceritakan mimpi itu kepada sesiapa. Sesungguhnya ia tidak akan memberi mudarat kepadanya.      (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

meludah ke kiri tiga kali? hurm,,  wallahualam. Ana pun baru tahu. Ana teruskan pembacaan;

Tanda sebuah mimpi berasal dari Allah ialah, ia akan menyebabkan hatti kita tberasa sangat lapang. Dan akan merasakan kegembiraan dan kebahagiaan sepanjang hari.

Wassalamah wa ilal liqa'
jaga diri, jaga iman, jaga hati, insyaAllah :)
Assalamualaikum.

October 17, 2012

istikharah cinta

Assalamualaikum :)
tarikh : 18 Oktober 2012

masa : 11:11 pm

serious aku jatuh cinta dengan lagu ni. actually, i DO NOT fully understand what is the true meaning bout this lovely song. but, i still love it.
sampaikan my lil sis named usraya tegur me, "angah tak boan asek duk ulang lagu yang sama dari pagi sampai malam?"
haha,, sori la adik.. angah dah jatuh cinta dengan lagu ni.
Pssstt: hensem gak penyanyi kumpulan Sigma ni.. keh keh keh...



Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..

October 13, 2012

Jejak Universiti part 20

Assalamualaikum.
alhamdulillah, syukur sangat sebab dah tamat belajar. 
eah, bukan. 
belum lagi, i just finished for the third sem only, haha. bukan apa, just teruja nak convo. eah, by the way, my only kakak convo harini, pukul dua nanti. 
wah, tahniah kakak <3 

sekarang ni tengah cuti akhir semester. sebenarnya since 9  oktober lagi dah boleh balik, sebab tu tarikh akhir final exam (rujuk sini ) untuk kos Diploma Pengurusan Perladangan Makanan.  yeah,, I'm freeeee ! :D
yes free. . .
but

still tak balik semenanjung lagi sebab tempah tiket 14 hb. hehe 


semalam, aku & wani decided. nak pi ziarah mak angkat. lama dah tak pergi, last ziarah time aidilfitri tahun lepas.

so, mulai petang semalam, we stayed here,Taman Matahari, Tanjung Kidurong, Bintulu Sarawak. sementara tunggu flight.
sebenarnya agak segan la tinggal kat sini. :( CikMai (mak angkat) anak dia semuanya lelaki. =..=' so, bayangkanlah. :\ hoho.
yang sulung named zainol, he's now studied at semenanjung (lupa la kat mana). yang kedua, perempuan, tapi baru menghadap Illahi bulan Julai aritu. (Al-Fatihah) Anak CikMai ketiga, name firdaus, currently study at SMK Kidurong, bcoz he's only 17. and yeah... SPM 4 this year :) guoOdLuck la ye. dO your best, adik. :)  (haha,, secara automatiknya, he's my adik.) and last, lelaki jugak =.=' named aniq. he's only in stardard 4, if i'm not mistaken la. 

serious best duduk sini. Aku pernah berdoa suatu ketika dahulu; "Bukan aku tak bersyukur, Ya Allah, tapi, sekurang kurangnya berilah kesempatan untuk aku merasa bagaimana perasaan nya mempunyai abang..makbulkanlah Ya Allah"

alhamdulillah, Allah dah makbulkan doa aku.
alhamdulillah sangat. now finally aku dapat merasai pengalaman mempunyai abang. :D kalau ikutkan, boleh je aku anggap kawan kos aku yang umur lebih tua tu abang, but, itu kosmate. lain, tak dapat merasai pengalaman ada abang dalam ikatan keluarga. hoho. korang paham ke? what ever la. asalkan aku paham apa yang aku tulis. ;D 


sYukur. . .

semoga Allah memberkati keluarga CikMai =')


Jejak Universiti Part 19 ada di sini >click<

kata kata renungan (iman kita)


BESI itu kuat , tapi API mampu meleburkannya,



API itu kuat , tapi AIR mampu memadamkannya,




AIR itu kuat , tapi AWAN mampu menyejatnya,




AWAN itu kuat , tapi ANGIN mampu menolaknya,




ANGIN itu kuat , tapi BUKIT mampu menghalanginya,









BUKIT itu kuat , tapi MANUSIA mampu menghancurkannya,





MANUSIA itu kuat , tapi NAFSU mampu menundukkannya,










NAFSU itu kuat , tapi IMAN mampu mengalahkannya,





TAPI BILA IMAN KUAT TIADA APA YANG MAMPU MENGALAHKANNYA..

mutiara kata dari tokoh Islam

ini pun best jugak :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...