balQis Bintulu

My photo
-tempat yang paling tinggi di dunia-, Selangor, Malaysia

sEt dALaM miNdA !

January 22, 2013

cerita tentang semalam


21 Januari 2013

Hari ni isnin. Macam biasa, kuliah pagi, pukul lapan. Subjek yang tak pernah terpikir dek pikiran untuk ana belajar dalam kos pengurusan ladang ni. Guess what.

Agricultural Macnihery, Mechanization and Automation
Atau bahasa Melayu nya,
Jentera, penjenteraan dan automasi dalam pertanian.
=.=
Perghh. Seriously I don’t like bout machines/ engines etc.

Tapi since ana belajar subjek ni dengan En. Hamim, rasa best pulak. Bukan apa. Dia ajar, senang paham. Suka belajar..Cuma tak sampai la sampai falling in love dengan engine2 ni. Haha

Ok. Sebenarnya, itu just introduction untuk entry kalini

Di akhir kelas, En. Hamim said, amali petang ni bukan kat bengkel mekanisasi upm macam biasa, tapi, kat GiatMara Bintulu.

Wahhh~ serious best. Sebab amali kat luar UPM. Kat Kampung Jepak pulak tu

Pukul 2 tepat, kitorang pun bertolak ke GiatMara. Jauh la jugak, lebih kurang 45 minit perjalanan. Tu pun driver bus upm bawak macam nak pi racing je -.- nak tidur pun tak senang.

Sampai sampai je, we’re divided into 2 big groups. Group A will instruct with En. Apa ntah nama dia, tapi I know, he’s the leader there. Me in group B. hehe,, becoz, Group B lead by En Fazri.  XD
Elok je kitorang nak start briefing tentang komponen komponen enjin yang ada kat situ,guess what.

Tiba tiba En Fazri said like this “nampaknya, ada sorang dari kamu yang pernah datang sini dulu kan?” sambil pandang me! Hahakk.. XD  termalu malu ana dibuatnya. Hahahaa~~

Actually, time semester dua dulu, ana pernah jejak kaki kat giatMara bintulu ni. Time tu kitorang datang sebab nak buat show untuk pementasan drama dan theater pentas. Seriously weyh! Time En Hamim tadi that we’ll come to GiatMara, I suddently teringat kat cikgu Fazri. Tak sangka lak cikgu tu ingat ana lagi walaupun dah setahun berlalu. =D

Sila abaikan~

Time datang sem 2 dulu, ada la jugak blaja bab2 enjin, tapi, time tu, datang dengan otak kosong. Know NOTHING bout engines. Tapi tadi datang dengan ilmu . haha..

Tu je nak merepek untuk harini.

Malam esok ada test. =)

Subjek tanaman bijirin dan bijian. Tiga tajuk nak kena cover ni (jpenanaman jagung, penanaman soya & konsep penyakit tanaman)
Doakan ana ye :D

January 16, 2013

Sebelum Aku bernikah . . . part 4


Istikharah.


Ada orang menganggap istikharah sebagai alat ‘pencari jodoh yang sebenar’, yang kononnya tepat 100%. Di sini ada beberapa contoh situasi;

>>En Kacak bertunang dengan Cik Jelita. Kemudian En. Kacak pergi istikharah lagi. Tiba tiba dia ‘ternampak’ wanita lain dalam mimpinya.terus dikatakan itu merupakan ‘petunjuk’kepadanya dan kemudian dia mahu putuskan pertunangannya dengan Cik Jelita kerana dirasakan Allah telah menunjukkan pertunangannya itu satu kesilapan.

>> En, Kacak sedang mencari seseorang untuk dijadikan isteri. Setelah membuat istikharah, dia ‘nampak’ Cik Jelita.terus dia nyatakan hasratnya untuk memeperisterikan Cik jelita. Apabila Cik Jelita menolak, dengan keras En Kacak mengatakan bahawa Allah telah takdirkan mereka untuk bersama sama. Ini membuatkan cik Jelita serba salah untuk menolak.

>>Cik Jelita beristikharah dan kemudian ‘nampak’ En Kacak. Bagaimanapun, En Kacak tidak pula dikenalinya. Tidak mampu pula dicapainya. Pada masa yang sama datang pula En. Bergaya datang melamar Cik Jelita. Tetapi Cik Jelita minta tangguh dahulu kerana merasakan bahawa jodohnya dengan En Kacak yang dilihatnya.

Sebenarnya dari mana kita ‘yakin’ bahawa istikharah itu datang dalam bentuk mimpi atau tanda-tanda ajaib? 


Jawapan kepada istikharah tidak semestinya dalam bentuk mimpi. Kadang kala kita sibuk memikirkan ini dan itu, maka ia keluar dalam bentuk mimpi. Walau apapun yang kita nampak, kita sebenarnya ‘nampak’ apa yang kita mahu. Dari situ, kita keliru dan kemudian sibuk menyatakan, ‘inilah dia petunjuk dari Tuhan!’
Ini hanya beberapa situasi. Serabut bukan? Hati jadi keliru, jiwa jadi serabut. Bukankah sepatutnya istikharah itu menenangkan dan meyakinkan?
Mengapa ini terjadi?


Jawapannya istisyarah. Kita lupa bermesyuarat dahulu dengan keluarga. Sepatutnya, kita bentangkan pilihan-pilihan yang ada dan bincangkan pro dan kontra setiap pilihan. Dari situ kita melihat dan menilai. Sekiranya kita sudah nampak pilihan yang terbaik, maka istikharah tidak lagi diperlukan. Jikalau kita todak berasa yakin, maka barulah istikharah dilakukan. Apabila istikharah yang pertama tidak mendatangkan keyakinan, maka lakukan istikharah kedua dan letiga. Setelah oitu, tetapkan hati dan buat pilihan!


Rasulullah SAW tidak melakukan istikharah dalam situasi penting kerana Nabi sudah yakin pilihan itu tepat.Contohnya dalam peperangan Badar apabila baginda Rasulullah SAW mahu memilih kawasan yang jauh daripada mata air. Para sahabat pula mencadangkan supaya dipilih kawasan yang berdekatan dengan mata air. Selepas mendengar betapa pentingnya membuat kem berdekatan dengan mata air, Rasulullah SAW terus menerima cadangan itu tanpa direkodkan melakukan istikharah. Hal ini kerana cadangan itu lebih relevan dan baik.


Justeru, orang yang sudah membuat keputusan, maka mengapa lagi beristikharah? Semestinya istisyarah jangan ditinggalkan. Berbincang dengan keluarga, minta pendapat mereka.


*     *     *     bersambung     *     *     *

Sebelum Aku Bernikah. . part 3



APAKAH Kita Perhatikan hati?


Hati yang kontang tidak mampu menyuburkan jiwa yang lain. Jika kita mahu memberikan ‘kesan’ kepada hati orang lain, kita perlu mempunyai jiwa yang sentiasa dibersihkan. Justeru, bagaimana mahu memimpin orang yang kira cintai sekiranya hati kita gelap?

Tidak perlu berpegangan tangan, memberikan  hadiah, menghantar sms kata kata manis bagu menunjukkan ‘cinta’. Hanya dengan berusaha membina hati kita, itu sahaja sudah menjadi satu cinta. Melalui rohani yang bersih,emosi yang stabil dan peribadi yang mantap dapat dilahirkan. Maka dengan itu, jangan kemaruk dengan cinta kosong. Bercinta dengan sebenar benar cinta.


Sewajarnya, semasa ada perasaan kepada seseorang, cakap pada ibu bapa terlebih dahulu sebelum menyatakan pada orang yang kita suka. Ini memberikan pandangan lain bagi mengimbangi pandangan kita. Apabila ditanya mengapa tidak memberitahu dan tidak merujuk kepada ibu bapa, ramai yang menjawab takut ibu bapa marah.dari satu segi, ibu bapa tidak akan marah tanpa sebab.mungkin kita sendiri yangbuktikan diri ini layak bercinta dan berumahtangga. Di rumah sikap kita dengan ibu bapa puntidak baik. Kita terkenal dengan sikap pemalas.
Namun, perlu diakui ada juga segelintir ibu bapa yang menyindir dan merendah rendahkan anak mereka apabila anak anak sudah bersedia  dan sanggup menjadikan mereka sebagai rujukan. “Kamu mahu beri anak orang makan apa? Pasir?” itu antara ayat yang biasa di dengar.


Sepatutnya ibu bapa perlu memimpin anak anak bagaimana cara bercinta dan cara berumahtangga. Bukannya mencalar perasaan mereka sedemikian rupa. Ibu bapa harus bijak  dalam hal ini. Hikmah dan kebijaksanaan itu penting dalam mendidik anak anak.
Orang yang benar benar serius  dalam cintanya pasti melibatkan ibu bapa dan oran tua. Anak anak perlukan petunjuk daripada yang lebih berpengalaman.  Bersembang dan bernikan diri untuk bertanya. Ajak kepada perbincangan. Mohon pandangan.  Jikalau kecewa, ditolak,  dan sebagainya, ibu bapa ada bagi menenangkan kita. Bagi saya, kolaborasi remaja dan orang tua itu sangat perlu.

*     *     *     *     bersambung     *     *     *

Tabah lah !

Telah tertulis suratan nasibmuDerita buatmu ada hikmahnyaterlukis senyum di bibir lesuTak siapa tahu hatimu

biarpun keruh air di hulumungkinkah jernih di muara

Biarpun jenuh hidup dipaluPasti bertemu tenangnya

InsyaAllah :)


January 13, 2013

sebelum Aku Bernikah part 2


Berkahwin memang mudah. Kita dapat berkahwin dengan najet serendah RM 2000. Malah lebih rendah dari itu. Bagaimanapun, rumah tangga yang bermanfaat untuk ummah bukan sesuatu yang mudah. Mereka yang memahami peranan rumahtangga takkan sesekali sambil lewa. Kta yang pelu membina diri kita sendiri. Kita yang perlu berusaha dan menimba ilmu di samping menguatkan iman kita. Ini antara tanggungjawab yang besar, namu sering diabaikan.

Oleh itu, bagi seseorang yang mahu bercinta, dia mempersoalkan dirinya;
Bagaimanakah hubungan dengan Alah? Pakah sudah diusahakan supaya meningkat ke tahap uyang ditafsirkan baik?
Bagaimanakah kefahaman tentang Islam? Apakah sudah diusahakan supaya perkara-perkara asas seperti  ibadah dan pengurusan hidup secara Islam difahami?
Bagaimanakah kemampuan dalam kewangan?
Bagaimanakah perancangan berkenaan kehidupan? Apakah sudah diusahakan supaya punya cita-cita dan wawasan yang jelas bersama strateginya?
Realiti tidak semudah fantasi. Persoalannya, adakah kita sudah bersedia? Kita nyatakan cinta mahu bersama hingga ke syurga.. Maka perkara ini mustahil tanpa persediaan yang secukupnya.

Apabila kita terjun ke alam percintaan , perlu ditenekankan tentang persediaan rohani.  Apakah kita sudah menjadikan Allah dan perintahNya sebagai priority dalam segenap perbuatan? Kita mungkin hamba yang banyak doa sebab kita adalah manusia, namun, adakah kita berusaha meninggalkan apa yang Dia benci? Apakah kita berusaha melaksanakan apa yang Dia suka?

.   .   .   .     bersambung     .   .   .   .

January 8, 2013

sedih pedih










Alangkah pedih rasa hati
selama kau pergi
tinggal ku sendirian
tiada berteman
dalam kesepian

January 7, 2013

Sebelum Aku Bernikah Part 1


Makhluk Cinta menyapa


Walaupun perasaan itu semakin kuat, saya tidak bersegera pergi kepada gadis yang saya suka. Saya tid ak pantas menghubunginya. Maka, saya bermula dengan mahu mengetahui diri dia yang sebenarnya. Kembara saya bermula. Saya bertanya perihal akhlaknya, sikapnya dan peribadinya. Saya pernah juga secara tidak langsung bertanya kepada abang dan adiknya bagi benar-benar mengetahui, bagaimanakah dirinya. Itu pun dirasakan tidak mencukupi. Berkahwin denga seseorang bermakna berkahwin juga denga keluarganya, bukan? Bagaimana keadaan keluarganya? ibu bapanya? Ketika menziarahi, saya meneliti ayah dan ibu gadis yang saya cintai.


Patutkah kita meluahannya?



Ada kata kata ‘islamik’ yang berbunyi, “sekiranya suka, jangan luah. Jika luah, Allah akan kurangkan kemanisan dalam cinta kita. Namun berdoa pada Alla,supaya Dia memberikan yang terbaik.”

Ayat ini kelihatan islamik. Tapi saya tidak bersetuju dengannya. Sekiranya mahu buka laci, jangan buka laci. Bukankah pelik jadinya? Islam bukan agama ajaib sedemikian. Islam Agama realistik.  Penulis berpendapat, sekiranya suka, perlu ada perancangan untuk meluahkannya. Luah itu adalah usaha kita untuk mendapatkan orang yang kita cintai, yang rasa baik kepadanya.

Namun, luahkan dalam keadaan yang mantap, bersedia, punya wawasan dan kematangan. Luah dengan cara yang syarie dan punya perancangan masa depan yang baik. Sebelum luah, bicang dengan ibu bapa kita sendiri terlebih dahulu, dengan penjaga kita, dengan ustaz-ustazah yang rapat dengan kita supaya itu bukan satu perkara yang tidak serius. Jadi, sebelum luahkan itu, fikir masak-masak. Bincang betul-betul dengan keluarga. Berdoa mohon kemantapan dan keyakinan daripada Allah. Kemudian yakin dan luahkan.

Jangan diri itu belum mampu untuk bercinta, sibuk mahu meluahkannya. Bina diri, bina peribadi. Bina perancangan bagi meluahkannya.

Cinta yang celik adalah dipandu dengan keimanan.Apabila dipandu dengan keimanan, maka matlamat bukan semata mata perkahwinan.


 Apakah aku telah memberikan diri ini jangka masa bagi berusaha mencapai kematangan?

. . . . . bersambung. . . . 

mutiara kata dari tokoh Islam

ini pun best jugak :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...