balQis Bintulu

My photo
-tempat yang paling tinggi di dunia-, Selangor, Malaysia

sEt dALaM miNdA !

October 24, 2011

HikmAh Orang yAng Sakit


Assalamualaikum Warahmatullah. . . . . 

Kalau kamu sakit, tak perlu terlalu bersedih dalam sakit 
kerana sakit itu adalah ujian dalam ibadah Anda.

Salah satu bukti kasih sayang-NYA adalah, Allah telah mengutuskan empay malaikat untuk selalu menjaga kita dalam sakit. Berikut adalah penjelasannya:

Hadits Rasulullah SAW. Rasulullah bersabda :

"Apabila seorang hamba mukmin sakit, maka Allah mengutus 4 malaikat untuk datang padanya."


Allah memerintahkan :
1. Malaikat pertama untuk mengambil kekuatannya sehingga menjadi lemah.
2. MAlaikat kedua untuk mengambil rasa lezatnya makanan dari mulutnya
3. Malaikat ketiga untuk mengambil cahaya terang di wajahnya sehingga  berubahlah wajah si sakit menjadi pucat lesi.
4. Malaikat keempat untuk mengambil semua dosanya , maka berubahlah si sakit menjadi suci dari dosa.

Tatkala Allah akan menyembuhkan hamba mukmin itu, Allah memerintahkan kepada malaikat 1, 2 dan 3 untuk mengembalikan kekuatannya, rasa lezat, dan cahaya di wajah sang hamba.
Namun untuk malaikat ke 4 , Allah TIDAK memerintahkan untuk mengembalikan dosa2nya kepada hamba mukmin.


Maka bersujudlah para malaikat itu kepada Allah seraya berkata :
 "Ya Allah mengapa dosa2 ini tidak Engkau kembalikan?"


Allah menjawab : "Tidak baik bagi kemuliaan-Ku jika Aku mengembalikan dosa2nya setelah Aku menyulitkan keadaan dirinya ketika sakit. Pergilah dan buanglah dosa2 tersebut ke dalam laut."

Dengan ini , maka kelak si sakit itu berangkat ke alam akhirat dan keluar dari dunia dalam keadaan suci dari dosa.

Sabda Rasulullah SAW :
"Sakit panas dalam sehari semalam, dapat menghilangkan dosa selama setahun."

October 20, 2011

setting,upload,redeem,delete..........



Sentiasalah setting niat

Upgrade iman

download sabar

upload usaha

update doa

delete dosa

top-up ilmu

supaya dapat redeem pahala banyak banyak!



October 18, 2011

wahai adam....

 Adam...
Kalau kami tidak membalas salammu, kami dikatakan sombong,
Kalau kami diam apabila ditanya, dikata berlagak pula,
Kalau kami tidak senyum kepadamu, dipanggil poyo,
Kalau kami tidak membalas smsmu, dikatakan kerek.

Adam...
Perempuan bagaimanakah yang engkau mahu jadikan isteri?
Adakah seorang perempuan yang dengan senang hati memberi salam kepada semua lelaki?
Atau perempuan yang melunakkan suara apabila bersuara?
Serta perempuan yang murah senyum dan tawanya untuk semua?
Ataupun...
Perempuan yang sentiasa berkepit dengan telefonnya,
Tidak hirau sekeliling semata-mata meluangkan masa untuk bersms denganmu?
Begitukah calonmu wahai Adam?

Ketahui wahai Adam,
Sesungguhnya, perempuan itu manja,
Suka dibelai, Suka dikasih,
Namun, Adam...
Tahukah kamu apa erti batas pergaulan?
Janganlah sewenang-wenangnya engkau memanggil kami sombong, berlagak, poyo atau kerek.

Kerana...
Kami begitu untuk menjaga aib kamu,
Membantu kamu menghindari diri dari belengu dosa,
Menjauh dari kehinaan,
Kerana kami merupakan fitnah dunia,
Fitnah bagi kamu.

Adam...
Kami ini insan yang lemah,
Janganlah kau cemar iman kami,
Janganlah kau rosakkan mujahadah kami,
Janganlah kau kotori kasih dan cinta kami pada Ilahi,
Kerana kami sedang berperang melawan nafsu,
Sedaya upaya menahan diri daripada godaanmu.

Adam...
Andai kau kasih dan sayang pada kami,
Andai kau mahu membela nasib kami,
Andai kau mahu perempuan solehah menjadi suri dalam taman hati,
Ibu kepada bakal pejuang agama,
Doalah buat kami,
Doalah jua buat dirimu,
Agar ada redha Allah dalam setiap amalanmu dan kami...
Kerana Adam adalah pembela kami.

peringatan buat wanita


Renungan buat  para wanita dan diriku sendiri.....



Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya. 



Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.



"Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking. 
Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.  Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta. Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya.

Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan
mengapa mereka disiksa seperti itu? 

*
Rasulullah menjawab,

"Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang
tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya. 

*Perempuan yang digantung susunya adalah
istri yang 'mengotori' tempat tidurnya. 

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang
tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas. 

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia
berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya kerana
dia boleh solat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti khinzir dan badannya seperti himar ialah
tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan

October 17, 2011

Kelebihan meNutup aurat

Assalamualaikum...

hari ni BalQis ada sedikit perkongsian yang oatut dikongsi untuk kalian...
renung2 kan lah ye,saudaraku


Kisah benar ini berlaku di US.

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu? )

Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]


Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DO

semoga kita sentiasa dipeliHara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam

October 15, 2011

pesanku untuk lelaki


Kerana aku wanita,
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku
aku ingin disayangi itu fitrah diriku
aku mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki
emosiku selalu mengatasi logik akalku

kerana aku wanita 
air mata teman setiaku

kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi

DAN..

kerana aku wanita 
aku damba pertolongan darimu Adam
peliharalah bicaramu denganku
jangan bermain kata denganku
takut rosak hatiku





kerana aku wanita
akhlakmu ukuran dimataku
peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
takut rosak thiqohmu

kerana aku wanita
maka peliharalah susunan kata-katamu
kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah
sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar

kerana aku wanita
peliharalah dirimu dari mencemuhku
saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku
meluahkan perasaanku
supaya hatiku tenang kembali

kerana aku wanita
aku memang sangat peka
maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya

WAHAI ADAM,

kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool ' ,
hakikatnya kau begitu buruk pada pandangan aku.

andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
darjat mu telah jatuh pada pandangan aku

jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
maka tiada lagi hormat untukmu dari diriku.

=) 

Jejak Universiti Part 12






hari yang dinanti telah tiba,,
Alhamdulilllah,,,kesabaran aku membuahkan hasil~

beg dah kemas....pakaian,cadar,selimut, sume dah basuh, dah lipat...meja belajar dah kosong,buku2 + nota2 sume dah kemas kan dah...

sekarang pukul 1... Ooo yeahhh!
pukul 4.20 nanti,bas UPM bertolak ke airport...


mudah mudahan semuanya berjalan dengan lancar

#nk pegi buat final check..
# Jejak Universiti part 11 ade di SINI
oh ye,,,tadi balqis ade jumpe link yang sangat menarik... ye,,click here...

mutiara kata dari tokoh Islam

ini pun best jugak :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...